nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Pagar makan padi’ dalam PDRM calar imej pasukan

26 NOV: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mengakui imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini tercalar berikutan siri penangkapan dilakukan terhadap warga PDRM atas kesalahan jenayah, rasuah dan dadah.

Apa yang lebih menyedihkan Abdul Hamid berkata, ia disebabkan angkara segelintir warga pasukan yang tidak bermaruah dan mementingkan diri, maka keseluruhan organisasi pasukan dihukum, dicaci serta dituduh oleh masyarakat ibarat ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.

“Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk menegaskan, bahawa PDRM tidak pernah sama sekali berkompromi dalam apa juga isu yang berhubung kait dengan perlakuan rasuah, perlanggaran peraturan atau undang-undang membabitkan warga pasukan.

“Malah tindakan tegas termasuklah penamatan perkhidmatan mengikut Peraturan 49: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, akan diambil ke atas mereka yang didapati terbabit dalam jenayah, gejala rasuah, serta salah laku yang serius dan berulang,” katanya ketika berucap merasmikan Pelancaran Buku Pelan Antirasuah PDRM (PAPDRM) 2020 yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial rasmi PDRM dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (Jips).

Yang turut hadir Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Abdul Hamid berkata, menerusi pelancaran PAPDRM adalah bukti komitmen untuk menghapuskan gejala rasuah dan mengamalkan ketelusan, sikap bertanggungjawab serta integriti dalam urus tadbir dan penyampaian perkhidmatan PDRM kepada masyarakat.

“PDRM menetapkan enam enam bidang keutamaan yang perlu diberi tumpuan iaitu; Tadbir Urus Organisasi dan Sumber Manusia; Risikan Keselamatan; Risikan dan Penguatkuasaan Undang-undang; Siasatan dan Pendakwaan; Ketenteraman Awam dan Pengurusan Kewangan dan Perolehan.

“Berdasarkan enam bidang keutamaan berkenaan sebanyak 53 inisiatif dibangunkan untuk dilaksana melalui enam strategi ke arah melahirkan warga kerja PDRM yang berintegriti dan berdaya saing,” katanya.

Menurutnya, antara strategi yang diterapkan ialah mengutuhkan modal insan dalam PDRM; memperkasakan kredibiliti dan integriti maklumat risikan keselamatan dan meningkatkan integriti dalam menguatkuasakan undang-undang.

“Selain itu, meningkatkan kredibiliti siasatan dan pendakwaan; memperkasakan tindakan pencegahan jenayah secara berhemah dalam menjamin ketenteraman awam; dan mengoptimumkan pengurusan kewangan dan perolehan PDRM secara sistematik serta berintegriti.

“Saya amat yakin, PAPDRM ini dapat membentuk satu hala tuju nyata, ke arah meletakkan PDRM di atas landasan yang betul.

“Ia juga akan menjadi panduan kepada seluruh warga pasukan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan negara, di samping melaksanakan agenda integriti dalam organisasi secara holistik,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.