nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Masa depan Imtiaz Ulul Albab kelam tanpa Yayasan Akal Budi

28 MEI: Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka menghadapi masalah kewangan yang serius berikutan kes mahkamah melibatkan Yayasan Akal Budi yang ditubuhkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengetuanya, Azharizan Yaacob berkata, operasi sekolah yang diasaskan pada 25 Februari 2012 oleh Ahmad Zahid dan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis itu bergantung kepada dana yang disalurkan oleh Yayasan Akal Budi.

Beliau menjelaskan, sekolahnya terpaksa mengambil langkah berjimat cermat mulai awal Julai 2018 berikutan pendakwaan terhadap Ahmad Zahid yang melibatkan Yayasan Akal Budi.

Imtiaz
Pengurusan Imtiaz Ulul Albab Melaka terpaksa mengambil langkah penjimatan seperti mengurangkan penggunaan pendingin hawa bagi memastikan institusi pendidikan agama itu dapat terus beroperasi walaupun berdepan masalah kewangan.

“Antara langkah yang diambil adalah memotong elaun bulanan guru-guru dan kakitangan mulai 2019, mengurangkan pemakanan pelajar daripada enam kali kepada lima kali sehari dan mengurangkan penggunaan pendingin hawa di dalam kelas serta tempat-tempat lain.

“Kami turut mengurangkan program dan aktiviti pelajar di luar sekolah serta memaksimumkan bilangan kakitangan mengikut jumlah pelajar sedia ada,” katanya.

Azharizan menambah, mulai tahun ini, Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka turut memotong gaji para guru manakala bekalan makanan pelajar diuruskan sepenuhnya oleh jemaah pengelola sekolah.

Beliau memberitahu, langkah-langkah itu terpaksa dilakukan agar sekolah berkenaan boleh terus beroperasi walaupun tiada bantuan diterima daripada mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun, Azharizan tidak pasti berapa lamakah sekolahnya dapat bertahan memandangkan akaun Yayasan Akal Budi yang sebelum ini membiayai kos operasi sekolah masih dibekukan oleh pihak berkuasa.

Beliau bimbang masalah kewangan yang dihadapi akan menjejaskan agenda utama sekolah tersebut iaitu menjana dan melahirkan generasi ulul albab untuk menawan puncak dunia.

“Adalah besar harapan kami dan sentiasa berdoa serta membuat solat hajat agar akaun Yayasan Akal Budi dicairkan demi anak bangsa kita atau sekolah ini akan hanya tinggal kenangan,” katanya.

Azharizan turut merayu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pihak berkuasa agar mendengar harapan dan rintihan mereka itu.

Pada masa sama, beliau mengalu-alukan sumbangan kewangan daripada sektor awam dan korporat bagi membantu sekolah itu meneruskan operasinya dengan lancar. Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.