nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

GPMS: Kaji semula kelonggaran syarat sertai konstabel polis

16 MAC: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji semula keputusannya berhubung kelonggaran syarat untuk permohonan jawatan konstabel tanpa kredit subjek bahasa Melayu.

Presiden GPMS, Mohd Alif Anas Md Noor, berkata keputusan itu sekiranya diteruskan seolah-olah meremehkan subjek bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Katanya, subjek bahasa Melayu bukan sahaja mata pelajaran di sekolah yang mengajar individu mengenai bahasa, namun mendidik mereka berhubung jati diri negara dan bangsa.

MOHD. ALIF ANAS

“Subjek ini sepatutnya dikuasai setiap peringkat dalam masyarakat, termasuk anggota polis yang turut berperanan sebagai barisan hadapan negara.

“Mereka yang gagal subjek ini bermakna mereka tidak berupaya mengenal dan menguasai jati diri mereka sendiri, justeru mereka tidak layak menjadi seorang anggota polis,” katanya kepada PN BBC.

Mohd Alif Anas berkata, PDRM sebagai simbol kekuatan negara yang dihormati semua golongan masyarakat, perlu memastikan setiap anggotanya memahami dan menguasai bahasa Melayu, iaitu bahasa rasmi negara seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Badan bukan kerajaan (NGO) pendidikan itu juga, katanya, menolak stigma bahawa kelonggaran perlu diberikan kepada golongan bukan bumiputera.

Menurutnya, sebagai masyarakat Malaysia, tiada istilah golongan berkenaan tidak mampu berbahasa Melayu.

“Sebagai negara yang sudah lebih enam dekad mencapai kemerdekaan dan pembangunan melalui acuan sendiri, perbezaan kaum bukan alasan untuk masyarakat kita tidak menguasai bahasa kebangsaan sendiri.

“Keputusan melonggarkan syarat bahasa Melayu untuk kemasukan jawatan polis perlu diperhalusi kerana malulah apabila Malaysia mendakwa negara berbudaya dan bertamadun, tetapi badan kepolisannya memperlekeh bahasa kebangsaan sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din dalam satu kenyataannya memaklumkan, PDRM kini memberi kelonggaran berhubung pengambilan jawatan konstabel dalam kalangan bukan Bumiputera.

Kenyataan itu berkata, bukan Bumiputera yang layak boleh mengisi kekosongan jawatan terbabit tanpa perlu memperoleh kepujian dalam subjek bahasa Melayu pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). –Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.