nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Integriti jadi Keutamaan BERSATU, Kerajaan PN

17 MAC : Integriti yang dimiliki Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta perjuangan menegakkan perkara itu menjadi punca mengapa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ditubuhkan, jelas Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata, integriti membawa maksud ‘bersih’ atau tidak terbabit, terpalit atau dikaitkan dengan kes-kes mahkamah, rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

Beliau turut yakin bahawa rakyat di negara ini masih mengingati bahawa BERSATU dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan yang mengutamakan soal integriti.

“Presiden kita (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dipecat daripada kedudukan selesa sebelum ini kerana beliau tegas dengan integriti. Timbalan Presiden kita, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib-naib Presiden kita, serta ramai lagi yang bersama Tan Sri Muhyiddin, semuanya atas kesedaran mengenai peri pentingnya integriti.

“Inilah agenda yang kekal menjadi keutamaan PN iaitu menjalankan tanggungjawab serta memberi khidmat kepada rakyat dengan penuh integriti.

“Khidmat yang diberi dengan penuh integriti itu dapat memastikan setiap pakej rangsangan, peruntukan dan perkongsian ekonomi terus sampai kepada rakyat. Ini sejajar dengan prinsip Bersatu dan PN iaitu memberi khidmat kepada rakyat.

“Kerajaan yang berintegriti serta pendokongnya mahupun pemimpin berintegriti dapat memastikan tadbir urus yang baik,” katanya menerusi kenyataan Celoteh Datuk Wan Saiful.

Dalam pada itu, Wan Saiful memberitahu ini akan memberi keuntungan kepada rakyat namun jika berlaku sebaliknya, tiada amalan intefriti, maka yang menjadi mangsa adalah rakyat.

“Rakyat akan hilang keyakinan kepada parti dan kerajaan yang tidak berintegriti. Rakyat sebelum ini sudah serik kerana menjadi mangsa oleh pemimpin mahupun kerajaan yang tidak berintegriti.

“Episod hitam dalam sejarah negara itu puncanya ialah ketiadaan integriti. Kita harus berasa bangga kerana mempunyai Perdana Menteri yang berintegriti. Yang antirasuah. Antipenyelewengan. Anticampur tangan urusan mahkamah,” katanya.

Justeru itu, beliau menyeru agar akar umbi menguar-uarkan bahawa Bersatu mempunyai pemimpin yang berintegriti yang mengutamakan khidmat dan kebajikan rakyat.

“Uar-uarkanlah perkara ini walaupun hingga kering tekak kita kerana ia suatu kebenaran yang jelas dan nyata.

“Ahli-ahli parti dan rakyat akan berasa bangga kerana kita mempunyai pemimpin berintegriti. Pemimpin yang berintegriti menjadikan kerajaan yang ada sekarang juga berintergriti,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.