nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAS tangguh rundingan pembahagian kerusi dengan UMNO

16 APRIL: PAS menangguhkan perbincangan pengagihan kerusi dengan UMNO sehingga parti berkenaan berjaya menyelesaikan kemelut dalamannya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata, kerjasama dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) masih diteruskan.

Katanya, rundingan pengagihan kerusi akan disambung selepas UMNO menyelesaikan masalah dalaman kepimpinan parti itu.

“UMNO perlu menyelesaikan masalah dalaman yang berlaku. Keputusan dibuat pemimpin parti itu tidak sebulat suara. Berlaku pencanggahan pendirian. Disebabkan hal itu, kita mengambil peluang berbincang mengenai pengagihan dengan BERSATU.

“Walaupun menangguh sementara perbincangan pengagihan kerusi dengan UMNO, tetapi kerjasama dengan parti itu melalui MN akan diteruskan,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah Jumaat melalui dalam talian di Masjid Rusila, Marang, Terengganu hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, keputusan menangguhkan perbincangan pengagihan kerusi dengan UMNO dipersetujui Majlis Syura.

Katanya, Majlis Syura juga turut bersetuju agar PAS menolak menjalinkan kerjasama dengan parti yang ekstrem dan liberal, sebaliknya memilih bersama parti yang mempunyai prinsip dan hala tuju yang sama dalam penyatuan ummah.

“PAS bersedia bekerjasama dengan semua parti termasuk gabungan Perikatan Nasional (PN) dan MN, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak mengamalkan ekstrem dan liberal.

“Dalam masa yang sama, kita menegaskan menolak kerjasama, termasuk parti Melayu yang mengamalkan ekstrem dan liberal,” katanya.

Mengenai kenyataan UMNO yang tidak akan meneruskan kerjasama dengan BERSATU dan PAS, Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat tidak sebulat suara.

“Keputusan dibuat beberapa pemimpin tertinggi parti itu tidak sependapat dengan beberapa menteri UMNO dalam kerajaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.