nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pak Subky Latif meninggal dunia hari ini

23 JAN: Bekas kolumnis Harakah dan HarakahDaily, Ahmad Subki Abdul Latif atau Subky Abdul Latif, 80, meninggal dunia akibat penyakit myelodyplastic Syndrome (MDS), pre-leukimia di rumahnya di Padang Balang, Gombak, kira-kira jam 11.05 pagi, hari ini.

Allahyarham yang juga Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS, meninggal dunia di samping balunya, Naznah Taha serta lima orang anak iaitu Dang Fatiha, Hang Muhammad Iftitah, Abdul Latif Rahbar, Muhammad Ramadhan Subky dan Ahmad Huzaifah.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah selepas solat zuhur untuk urusan solat jenazah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatus Sakinah, Gombak.

Kematian beliau dianggap sebagai satu kehilangan besar buat dunia penulisan dan kewartawanan, apatah lagi Pak Subky adalah ‘guru’ kepada ramai penulis khususnya di Harakah ketika ini.

Pak Subky pernah menjadi wartawan Utusan Melayu dan Warta Negara di Pulau Pinang mulai 1963.

Allahyarham pernah menyertai Kursus Diploma Kewartawanan di Internationales Institut für Journalismus, Berlin Barat, Jerman.

Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang wartawan di Utusan Melayu dan pernah menjadi wartawan kanan di syarikat akhbar yang sangat disegani dan popular dengan tulisannya yang sangat berwibawa selaku pengarang rencana dan penulis pojok.

Pada masa itu, beliau berada di barisan ketiga dalam hierarki pimpinan Utusan Melayu iaitu selepas Tan Sri Mazlan Nordin dan Osman Abadi.

Beliau juga merupakan kolumnis Harakah dan HarakahDaily serta kolumnis tetap ruangan Mens Sana in Corpore Sano dalam akhbar Harakah terbitan PAS, dan kolumnis bagi portal HarakahDaily.

Pak Subki juga kerap mengikuti kursus sambil belajar di negara-negara luar khususnya di Eropah yang ditaja oleh pejabat kedutaan asing di Kuala Lumpur.

Beliau juga meruapakan pengasas beberapa akhbar seperti dwimingguan ‘Suara Rakyat’ dan ‘Suara Merdeka’, selain majalah ‘diciptanya’ seperti ‘Sarina’, ‘Keluarga’, ‘Kisah Cinta’ dan ‘Kritik’.

Pada tahun 1976, Tan Sri Mohd Khir Johari melancarkan akhbar Harian Watan yang tujuannya untuk menjadi suara bebas.

Akhbar dwibahasa itu adalah untuk menjadi alternatif kepada akhbar arus perdana.

Untuk rekod Pak Subyi adalah antara pengasas utama akhbar lidah rasmi PAS iaitu Harakah pada tahun 1978.

Sebelum memasuki PAS, beliau pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada mantan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Dalam arena politik, Subky pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 1983 hingga 2005.

Beliau memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat bermula tahun 1988[8].

Beliau pernah juga menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan (2007) dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS.

Kini beliau merupakan Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS, platform yang menghimpunkan veteran parti Islam tersebut.

Almarhum Subky pernah menjadi calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pelabuhan Kelang 1979 menentang calon MIC, DAP dan Bebas.

Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian Tan Sri V. Manikavasagam.

Walau bagaimanapun, beliau tewas. Sebaik sahaja kalah, beliau telah menulis buku Anak Jawa Pelabuhan Kelang: Analisa Awal Pilihanraya Kecil.

Selain itu, beliau turut bertanding dalam siri pilihan raya umum Malaysia bagi tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.