nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rayuan pendakwaan kes lucut hak wang UMNO didengar 3 Julai

Permohonan pihak pendakwaan untuk menggantung  pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kerajaan bagi melucut hak wang berjumlah lebih RM194 juta yang disita daripada UMNO, Wanita MCA dan dua syarikat sementara menunggu kes rayuan selesai, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat ini.

Memetik laporan BERNAMA, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat mengesahkan perkara itu menerusi mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Peguam yang mewakili UMNO, Datuk Hariharan Tara Singh ketika dihubungi turut mengesahkan tarikh pendengaran permohonan itu ditetapkan pada Jumaat ini.

 Pada 7 Februari tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak lebih RM194 juta yang disita daripada UMNO, Wanita MCA, Perano Sdn Bhd dan Binsabi Sdn Bhd.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan  itu atas alasan wang tersebut tidak boleh dikatakan diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak ada bukti untuk mengesahkan wang itu daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Permohonan pelucutan hak wang terhadap UMNO melibatkan RM192,965,413.61 sementara Wanita MCA pula berjumlah RM300,000.

Permohonan terhadap Perano Sdn Bhd yang menjual hijab dan Binsabi Sdn Bhd yang membekalkan khemah, masing-masing berjumlah RM337,634.78 dan RM827,250 yang mereka didakwa terima daripada Najib.

Pada 19 Jun tahun ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwaan untuk menggantung pelaksanaan keputusan mahkamah pada  7 Februari sementara menunggu kes rayuan di Mahkamah Rayuan selesai.

SPRM memfailkan permohonan perlucuthakan terhadap 41 entiti merangkumi individu, syarikat dan parti politik menurut  Akta Pencegahan Pengubahan Wang, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 bagi mendapatkan semula sejumlah RM270 juta yang dipercayai ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Jun tahun lepas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.