nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bersatu sokong penuh calon BN di Chini – Muhyiddin

30 JUN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PRK DUN Chini adalah pilihan raya pertama bagi Bersatu sebagai salah sebuah parti di bawah kerajaan gabungan Pakatan Nasional (PN).

Muhyiddin berkata sebagai Pemangku Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri, beliau menyokong penuh Mohd Shahrim yang diputuskan BN untuk bertanding dalam PRK DUN Chini.

“Justeru, bagi memastikan kemenangan pertama PN , seluruh jentera parti Bersatu Bahagian Pekan sudah digerakkan untuk berkempen calon pilihan gabungan berkenaan.  Gerakan kempen berkenaan turut diperkuatkan dengan kehadiran pemimpin Bersatu dari seluruh negara.

“Kesepakatan dan kematangan parti gabungan PN berkempen dan berkongsi pentas politik secara terbuka di PRK DUN Chini adalah satu langkah bersejarah ke arah pembentukan satu perikatan politik yang kukuh dan mantap,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muhyiddin menambah, kemenangan calon BN adalah penting bagi memberikan isyarat lebih jelas kepada seluruh rakyat mengenai keupayaan dan kekuatan PN sebagai satu gabungan yang mampu bekerjasama demi menjayakan agenda kebajikan rakyat dan kemajuan negara.

Sehubungan itu, beliau menyeru 20,990 pengundi berdaftar di DUN Chini supaya  keluar beramai-ramai dan memberikan sokongan kepada calon BN di hari pengundian pada 4 Julai ini.

“Pilihan anda bukan sahaja bakal menentukan pembangunan dan masa depan Chini, malah membuka lembaran baharu kepada hala tuju politik di peringkat nasional,” katanya.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, akibat serangan jantung pada 6 Mei lalu.

Mohd Sharim dicabar oleh dua calon Bebas iaitu bekas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pekan, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, 49. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.