nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Konsul Kehormat Malaysia di Gaza dilantik dalam masa terdekat

21 SEPT: Kerajaan akan menubuhkan Unit Hal Ehwal Palestin di Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan, bagi memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia dengan republik berkenaan.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata melalui penubuhan unit itu, yang kini dalam proses akhir, ia dijangka turut berupaya memudahcarakan bantuan kemanusiaan Malaysia ke Palestin.

“Pejabat itu akan dibantu oleh Konsul Kehormat Malaysia pertama di Ramallah, Palestin yang sudahpun dilantik.

“Proses lantikan Konsul Kehormat Malaysia di Gaza juga akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

KAMARUDDIN

Kamaruddin berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen PAS-Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman yang minta Wisma Putra menyatakan langkah proaktif bersama badan antarabangsa bagi mengukuhkan komitmen bersama untuk bantuan pembangunan semula Gaza, Palestin pascaperang.

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata, pada tahun ini, kerajaan menyumbangkan sebanyak RM5 juta kepada Palestin bagi pembinaan semula Klinik Al Rimal iaitu satu-satunya makmal pengujian Covid-19 di Gaza yang musnah dibom.

Beliau berkata, Malaysia juga telah membuat sumbangan kewangan berjumlah AS$50,000 (RM209,474) kepada Masjid Al-Aqsa melalui Kementerian Awqaf Jordan Ogos lalu.

“Kita percaya bahawa sumbangan ini akan melengkapkan usaha bantuan kemanusiaan sedia ada Malaysia kepada Palestin, sama ada melalui platform dua hala, pelbagai hala dan menerusi badan bukan kerajaan (NGO).

“Malaysia juga giat bekerjasama dengan negara-negara di rantau Asia Barat yang terlibat dalam proses pembangunan semula Gaza seperti Mesir, Jordan, Turki dan Qatar.

“Malaysia, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir dan Amman, Jordan, juga terus bekerjasama dengan Kerajaan Mesir dan Jordan bagi koordinasi dan memudah cara bantuan kemanusiaan NGO Malaysia ke Palestin, termasuk Gaza,” katanya..

Dalam pada itu, Saifuddin berkata Malaysia juga akan terus menyatakan pendirian tegas Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin di platform antarabangsa, terutamanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

“Kita sedar bahawa penyelesaian terbaik isu ini adalah menerusi platform antarabangsa kerana masyarakat antarabangsa bertanggungjawab secara kolektif dalam memastikan hak rakyat Palestin dan kedaulatan Negara mereka terjamin,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.