2 DIS: Sebanyak 49 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan 12 daripadanya maut di luar fasiliti perubatan (BID), menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,474.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 12 kes, diikuti Perak (8), Sabah (7), Kelantan (5), Johor dan Sarawak masing-masing empat kes, Kedah dan Negeri Sembilan masing-masing dua kes serta Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 63,740 kes aktif dilaporkan, termasuk 500 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 258 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 6,803 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di negara ini kini ialah 2,638,221.