nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wanita positif COVID-19 dikompaun kerana keluar mengundi

12 MAC : Seorang wanita pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin yang disahkan positif COVID-19 dikompaun RM1,000 kerana hadir ke pusat mengundi dalam tempoh kuarantin.

Wanita berusia lingkungan 30-an itu dikenakan tindakan oleh Inspektor Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru selepas membuat pemeriksaan aplikasi MySejahtera merah wanita terbabit sejurus tiba di Dewan Kampung Melayu Majidee untuk mengundi.

Wanita itu memberi alasan tidak mengetahui individu menjalani kuarantin kerana positif COVID-19 dilarang keluar mengundi dan mendakwa mendapat makluman individu dalam kuarantin masih boleh mengundi.

Inspektor Kesihatan terbabit menjelaskan individu positif COVID-19 tidak boleh keluar mengundi dan wajib menjalani kuarantin mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Wanita itu kemudiannha yang diarah segera pulang ke rumah selepas kompaun dikeluarkan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Datuk Dr Aman Rabu, menjelaskan pihaknya komited menjalankan pemantauan SOP PRN Johor.

Katanya, kompaun ke atas wanita itu dikeluarkan pada jam 11.45 pagi di Dewan Kampung Melayu.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit positif COVID-19 Kategori Dua.

“Individu positif COVID-19 dilarang keluar dari tempat isolasi. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikompaun mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.