nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tarikh PRK DUN Slim diketahui 23 Julai

17 JULAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 23 Julai ini antaranya bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom.

Menurut beliau, SPR juga telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berhubung kekosongan kerusi DUN Slim.

“Berdasarkan Perkara XXXVI (5), Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan – “Sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa enam puluh hari dari tarikh yang dipastikan oleh SPR kekosongan itu berlaku.

“Justeru itu, Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom, yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting pilihan raya kecil (PRK) seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan, dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebook SPR, hari ini.

Kerusi DUN Slim kosong berikutan penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia pada 15 Julai lalu.

Mohd Khusairi, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 4.15 petang di Hospital Bentong, Pahang selepas tiba-tiba pengsan ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort pada jam 2.30 petang.

Allahyarham merupakan wakil rakyat Slim selama empat penggal sejak 2004 yang mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi menentang calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan Muhammad Zulfadli Zainal yang mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. – OLEH AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.