nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

TNB kaji potensi turbin angin di Malaysia

26 MEI: Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengintai peluang mengembangkan portfolio tenaga boleh diperbaharui (RE) di negara ini termasuk potensi penggunaan turbin angin.

Pengarah Projek (Hala Tuju Kelestarian), Bahagian Strategi & Usaha Niaga TNB, Dr Noor Miza Muhamad Razali, berkata penjanaan tenaga oleh syarikat utiliti itu menuju ke depan adalah daripada sumber rendah karbon dengan penggunaan teknologi hijau baharu, termasuk hidrogen dan tangkapan dan penggunaan karbon (CCU).

Beliau berkata, TNB turut mencatatkan kemajuan secara beransur-ansur dalam strategi pertumbuhan RE untuk mencapai sasaran 8.3GW RE menjelang 2025 berbanding 3.4GW kapasiti RE dipasang ketika ini.

Katanya, TNB akan memanfaatkan usaha sama di luar negara dari segi teknologi, kepakaran dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk membawa teknologi baharu RE ke dalam negara.

“Di Malaysia, beberapa kajian membabitkan potensi turbin angin telah dijalankan. Cuma, kebolehlaksanaan bergantung kepada berapa saiz yang sebenarnya mempunyai skala ekonomi untuk Malaysia.

“Seperti sedia maklum, tenaga angin ini ada dua iaitu di luar pesisir dan dan daratan. Malangnya, turbin angin kelajuan tinggi di daratan tidak sesuai untuk Semenanjung.

“Justeru, perlu tunggu teknologi (turbin angin) kelajuan rendah menjadi matang, yang mengambil masa,” katanya dalam taklimat Hala Tuju Kelestarian TNB 2050 secara maya, hari ini.

TNB telah membuat pelaburan dalam teknologi turbin angin menerusi anak syarikat milik penuhnya, Vantage RE Ltd dengan pengambilalihan 49 peratus kepentingan dalam syarikat ladang angin luar pesisir, Blyth Offshore Demonstrator Limited (BODL).

Pengambilalihan daripada EDF Renewables (EDFR), anak syarikat utiliti Perancis, Électricité de France (EDF) itu dimeterai pada 18 Oktober 2021, sekali gus menandakan penyertaan sulung TNB ke pasaran angin luar pesisir antarabangsa.

BODL pada masa ini memiliki aset angin luar pesisir di luar pantai Blyth, Northumberland, England.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.