6 JUN: Pilihan raya Kemboja menyaksikan parti pemerintah meraih kemenangan besar berdasarkan keputusan awal dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan negara itu hari ini.
Bagaimanapun, keputusan awal menunjukkan Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Perdana Menteri telah mencatat kejayaan besar, iaitu menguasai kira-kira 80 peratus daripada jumlah kerusi.
Sementara itu, parti pembangkang, Candlelight Party (CP) dilihat turut berjaya menarik sedikit pengundi dengan jumlah undian 18 peratus.
CP dalam satu kenyataan berkata, pilihan raya itu ‘tidak bebas dan adil’ selain ‘tidak mencerminkan kehendak rakyat Kemboja’.
Bagaimanapun, parti itu tidak berhasrat menolak keputusan berkenaan.
Menurut AFP yang merujuk dokumen dalaman CPP, parti Hun Sen menerima lebih 5.3 juta undi popular, manakala CP sekitar 1.6 juta undi.
Semalam, Jawatankuasa Pilihan Raya Nasional Kemboja (NEC) memaklumkan kira-kira 7 juta orang mengundi dalam pilihan raya itu dengan peratusan keluar mengundi sekitar 78 peratus.
Keputusan rasmi tidak akan dikeluarkan sehingga 26 Jun. – AFP