nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sarawak akan laksana sekatan pergerakan antara daerah

26 JULAI: Sarawak akan melaksanakan kawalan pergerakan antara daerah bagi mengekang penularan COVID-19 yang meningkat semula khususnya di Kuching dengan butiran terperinci mengenainya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, selain itu, jumlah penerbangan masuk dan keluar dari Sarawak serta waktu operasi premis perniagaan juga akan dikurangkan.

Beliau berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan mengumumkan strategi berkenaan dengan lebih terperinci selepas ia diperhalusi, dalam masa terdekat.

“Mesyuarat khas JPBN yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, hari ini, mengambil maklum perkembangan terkini jumlah kes positif COVID-19 di Kuching dan Samarahan.

“Justeru, beberapa tindakan segera harus diambil sebagai langkah mengawal penularan COVID-19 di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Uggah berkata, JPBN Sarawak juga memutuskan bahawa semua warga Malaysia yang datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan akan dikuarantin di hotel.

“Sampel akan diambil pada hari kedua dan sekiranya keputusan ujian PCR COVID-19 adalah negatif, mereka dibenarkan balik. Arahan ini berkuat kuasa 1 hingga 14 Ogos ini.

“Bagi rakyat Sarawak yang balik dari luar negara, arahan adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini, iaitu wajib menjalani kuarantin di destinasi terakhir selama 14 hari,” katanya.

Uggah yang juga Pengerusi JPBN Sarawak berkata, dalam usaha mengekang penularan COVID-19 terutama di kawasan panas Kota Sentosa, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan pelaksanaan penjejakan kontak atau pengesanan kes aktif (ACD) di kawasan sempadan daerah Kuching dan Samarahan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.