5 JUL : Seramai 661,905 pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun daripada jumlah keseluruhan daftar pemilih 9,773,571 layak mengundi pada Pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Berdasarkan daftar pemilih yang dikongsikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Selangor mempunyai bilangan terbesar golongan tersebut iaitu 274,194 orang diikuti Kedah 104,284, Kelantan (96,512), Pulau Pinang (67,633), Terengganu (64,264) dan Negeri Sembilan (55,017).
Jumlah daftar pemilih warga emas yang layak mengundi di Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang adalah 1,702,242.
Sementara itu, 50.17 peratus atau 4,935,937 daripada jumlah keseluruhan daftar pemilih merupakan pengundi wanita dan selebihnya 49.83 peratus atau 4,837,634 adalah lelaki.