6 OKT : Menteri Pertanian Indonesia, Syahrul Yasin Limpo dilaporkan meletakkan jawatannya selepas disiasat berkait rasuah.
Agensi anti rasuahnya atau dikenali sebagai KPK dalam satu kenyataan berkata pihaknya menemui wang tunai berbilion rupiah selepas menyerbu kementerian dan kediaman Syahrul.
Sehubungan itu, Syahrul menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Setakat ini KPK masih belum menjelaskan secara terperinci kes melibatkan Syahrul itu malah agensi itu tidak menamakan Syahrul secara terbuka sebagai suspek.
Sementara Syahrul memberitahu pemberita beliau sendiri menawarkan peletakan jawatannya ke pejabat presiden namun beliau menggesa agar orang ramai menganggapnya tidak bersalah.
“Sebab mengapa saya meletak jawatan adalah kerana proses undang-undang yang sedang saya lalui dan perlu ditangani dengan serius,” katanya.
Jika dinamakan sebagai suspek, Syahrul menjadi menteri keenam dalam pentadbiran Jokowi yang didakwa atas tuduhan rasuah.
Pada bulan Mei, pihak berkuasa dan pejabat peguam negara menahan Menteri Komunikasi Indonesia ketika itu, Johnny G. Plate atas tuduhan rasuah kerana penglibatannya dalam projek menara komunikasi.