nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemilihan pucuk pimpinan Bersatu 22 Ogos

14 OGOS: Seramai 17 calon akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dijadualkan berlangsung pada 22 Ogos ini.

Antara yang menawarkan diri ialah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Dr. Mohd. Radzi Md Jidin, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman dan Mazlan Bujang.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, seramai 155 calon akan bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) diikuti Pengerusi Tetap (4 calon) dan Timbalan Pengerusi Tetap (9 calon).

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan calon tunggal bagi jawatan Presiden yang disandangnya sekarang.

Jawatan Timbalan Presiden juga tidak menyaksikan pertandingan apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merupakan satu-satunya calon.

Syed Hamid turut menyatakan persediaan untuk pemilihan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) pada 15 Ogos dan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 16 Ogos sempena persidangan bahagian telah selesai dilakukan.

“Peralatan dan logistik telah dihantar kepada petugas-petugas di peringkat negeri dan bahagian.

“Seramai 2,765 petugas pemilihan ditugaskan untuk mengurus pemilihan Armada dan Srikandi termasuk Pemilihan MPT semasa persidangan bahagian yang dijadualkan pada 22 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Bagi pemilihan Armada, dua calon disahkan bertanding iaitu Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Mohd Muzammil Ismail.

Selain itu, lima calon bertanding untuk jawatan Naib Ketua Armada, 103 calon Ahli Jawatankuasa Armada, empat calon Pengerusi Tetap dan tiga calon Timbalan Pengerusi Tetap.

Untuk jawatan Ketua Srikandi Bersatu, terdapat empat calon akan bertanding dengan salah seorang daripadanya ialah penyandang jawatan itu, Datuk Seri Rina Harun.

Pemilihan jawatan-jawatan lain dalam sayap tersebut melibatkan lima calon Naib Ketua Srikandi, 67 calon Ahli Jawatankuasa Srikandi, enam calon Pengerusi Tetap dan tiga calon Timbalan Pengerusi Tetap. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.