nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pertumbuhan ekonomi Malaysia Q1 2020 masih positif

2 JUN: Ekonomi negara menunjukkan aliran positif pada suku tahun pertama 2020 hasil pertumbuhan positif yang dicatatkan pada Januari dan Februari lalu, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pada tempoh tersebut menunjukkan pertumbuhan marginal sebanyak 0.4 peratus.

“Pertumbuhan itu adalah hasil prestasi positif sektor perkilangan (1.3 peratus) manakala sektor perlombongan dan elektrik masing-masing mencatatkan penyusutan -1.8 peratus dan -0.4 peratus.

“Peningkatan kecil dalam sektor perkilangan adalah disebabkan oleh prestasi yang lebih baik sepanjang Januari (2.2 peratus) dan Februari (6.2 peratus) tahun ini,” katanya dalam laporan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Indeks Perkhidmatan mencatatkan peningkatan 2.3 peratus di mana sektor perkhidmatan perniagaan dan kewangan menunjukkan pertumbuhan tertinggi pada kadar 4.1 peratus.

Sektor-sektor lain yang menunjukkan aliran positif adalah maklumat dan komunikasi serta pengangkutan dan penyimpanan (2.7 peratus) diikuti borong dan perniagaan runcit, makanan dan minuman serta penginapan (1.5 peratus).

Dalam perkembangan berkaitan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mencatatkan pertumbuhan marginal sebanyak 0.7 peratus, yang terendah sejak suku tahun ketiga 2009.

Senario tersebut sebahagiannya berpunca daripada kesan pandemik COVID-19.

Sektor perkhidmatan menunjukkan pertumbuhan sebanyak 3.1 peratus menerusi subsektor maklumat dan komunikasi, borong dan perniagaan runcit serta kewangan dan insurans.

Pertumbuhan subsektor maklumat dan komunikasi dipacu oleh segmen telekomunikasi ekoran amalan kerja dari rumah oleh sebahagian besar sektor ekonomi semasa PKP.

Sektor perkilangan mencatatkan pertumbuhan 1.5 peratus berbanding 3 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Kadar itu adalah yang terendah sejak suku tahun pertama 2013 (0.6 peratus) akibat kemerosotan prestasi sektor minyak dan lemak sayur dan haiwan yang berpunca daripada pengeluaran komoditi minyak sawit yang lebih rendah serta produk berkaitan peralatan kenderaan, perkilangan dan pembinaan.

Pertumbuhan pada suku tahun pertama 2020 pula dijana oleh produk petroleum, bahan kimia, getah dan plastik (3.9 peratus); elektrik, elektronik & produk optikal (2.2 peratus) serta produk kayu, perabot, produk kertas dan percetakan (1.3 peratus).

Sektor pertanian, pembinaan serta perlombongan dan kuari mencatatkan pertumbuhan negatif.

Sementara itu, dari segi perbelanjaan, penggunaan akhir persendirian naik 6.7 peratus hasil peningkatan bagi subsektor makanan dan minuman tidak beralkohol, komunikasi dan perumahan, air, elektrik serta bahan api yang lain.

Sebaliknya, pertumbuhan kasar sektor aset modal tetap menyusut selama lima suku berturut-turut dengan mencatatkan kadar negatif 4.6 peratus pada suku tahun pertama 2020.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kemerosotan mendadak dalam kesemua tiga segmen iaitu struktur, jentera dan peralatan serta aset-aset lain.

Secara keseluruhan, pengeluaran ekonomi Malaysia mencatatkan penyusutan kira-kira RM22.8 bilion pada suku tahun pertama 2020 akibat pelaksanaan PKP dan kesan pandemik COVID-19. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.