nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nafas baharu industri hotel, pelancongan

8 JUN: Kelonggaran yang diberi oleh kerajaan untuk orang ramai merentas negeri dan melancong dalam negara memberi nafas baharu bagi industri hotel dan pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng berkata, langkah itu mampu meningkatkan sumber ekonomi industri tersebut.

“Sudah pasti keputusan itu akan memulihkan sektor pelancongan kerana melancong dalam negara adalah dikira sebagai usaha kerajaan untuk mempromosikan sektor pelancongan dalam negara sendiri,” katanya kepada PNBBC Portal, hari ini.

Tambah beliau, pengumuman Perdana Menteri itu juga memberi harapan yang lebih besar kepada industri dan pihaknya telah bersiap sedia untuk menerima kedatangan pelancong bermula 10 Jun ini.

Lip Seng menjelaskan, meskipun mereka terpaksa berbelanja lebih bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), industri pelancongan telah lama bersedia bagi memastikan keselamatan dan kebersihan terjamin untuk para pelancong.

“Banyak hotel sebenarnya menawarkan pakej dan promosi menarik terus dari laman sesawang mereka. Jadi untuk mereka yang merancang untuk pergi melancong, anda boleh layari laman web hotel tersebut,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hotel-hotel di Kedah, Perak, Johor, Pahang dan Kelantan dijangka akan menerima tempahan jangka pendek sementara Langkawi dan Negeri Sembilan bakal menerima jumlah pelancong yang ramai akhir tahun ini.

“Permintaan yang stabil juga terlihat pada 2021, menandakan keyakinan dalam pemulihan dan penerimaan norma baharu dalam industri pelancongan,” katanya. – Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.