nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bilangan jemaah solat Jumaat, jemaah di Selangor ditambah

KENYATAAN AKHBAR D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR

D.Y.M.M. Sultan Selangor telah disembah taklimat oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor dari semasa ke semasa berkaitan kedudukan dan data terkini wabak Covid-19 di Negeri Selangor.

Mengambil maklum perkembangan terbaharu wabak Covid-19 ini, D.Y.M.M. Tuanku telah berkenan agar lebih banyak Masjid dibuka bermula 19 Jun 2020 untuk mendirikan Solat Jumaat dan Solat Fardhu berjemaah di Masjid-masjid di Negeri Selangor sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Berikut adalah keputusan yang telah dicapai bagi pembukaan Masjid-masjid di Negeri Selangor yang akan terus dibuka secara berperingkat:-

  1. Solat Jumaat dan Solat Fardhu Berjemaah (tiga waktu iaitu Solat Subuh, Maghrib dan Isyak) dibenarkan untuk dilaksanakan di 39 buah masjid yang telah ditetapkan terdahulu dengan tambahan Masjid-masjid di mukim seluruh Negeri Selangor yang telah dikategorikan sebagai zon hijau oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
  2. Pelaksanaan Solat Jumaat :

a) Jumlah kehadiran jemaah bagi Solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam ditambah daripada 40 orang kepada 250 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid.

b) Jumlah kehadiran jemaah bagi Solat Jumaat di 38 buah masjid yang dibenarkan sebelum ini ditambah daripada 40 orang kepada 150 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid.

c) Manakala masjid-masjid di seluruh Negeri Selangor yang di dalam mukim yang dikategorikan sebagai zon hijau dihadkan seramai 40 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid.

  1. Pelaksanaan Solat berjemaah bagi tiga (3) waktu iaitu Solat Fardhu Subuh, Maghrib dan Isyak :

a) Jumlah kehadiran jemaah bagi tiga waktu solat fardhu berjemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam dihadkan seramai 250 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid.

b) Jumlah kehadiran jemaah bagi tiga waktu solat fardhu berjemaah di 38 masjid yang dibenarkan sebelum ini dihadkan seramai 150 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid.

c) Manakala jumlah kehadiran jemaah bagi tiga waktu solat fardhu berjemaah di Masjid-masjid di seluruh Negeri Selangor di dalam mukim yang dikategorikan sebagai zon hijau dihadkan seramai 40 orang tidak termasuk Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid.

d) Semua surau di seluruh Negeri Selangor termasuk Surau Kebenaran Solat Jumaat masih tidak dibenarkan untuk dibuka melainkan 3 orang Pegawai Surau yang dibenarkan untuk melaksanakan solat fardhu seperti yang ditetapkan terdahulu.

Segala pelaksanaan dan urusan pentadbiran berkaitan titah D.Y.M.M. Sultan Selangor ini akan dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jawatankuasa-jawatankuasa Masjid yang berkaitan.

Seiring dengan keputusan terbaharu ini, Baginda menitahkan agar setiap jemaah wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS khususnya mengambil wuduk di rumah, membawa sejadah masing-masing, pemakaian pelitup muka (face mask) ketika hadir di Masjid dan mengamalkan penjarakan sosial. Bagi mereka yang tidak sihat adalah dilarang sama sekali untuk melaksanakan solat di Masjid.

Pihak Masjid dan para jemaah juga hendaklah mematuhi garis panduan lain yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

D.Y.M.M. Sultan Selangor juga setelah berbincang dengan Pengarah JAIS berkaitan dengan pelaksanaan ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha telah memutuskan untuk membenarkan ibadah korban dilakukan di kawasan Masjid-masjid berikut sahaja :

a) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam.

b) 38 buah Masjid (yang dibenarkan sebelum ini untuk melaksanakan Solat Jumaat dan Solat fardhu berjemaah).

c) Masjid-masjid di seluruh Negeri Selangor di dalam mukim yang dikategorikan sebagai zon hijau (tertakluk kepada kedudukan semasa mukim yang dikategorikan sebagai zon hijau).

d) Ibadah korban tidak boleh dilakukan di surau-surau dan orang ramai digalakkan untuk melakukan korban di kawasan masjid-masjid yang dibenarkan.

D.Y.M.M. Sultan Selangor akan sentiasa mengikuti perkembangan serta pematuhannya dari semasa ke semasa sebelum membuat sebarang pertimbangan selanjutnya bagi menentukan langkah pembukaan lebih banyak masjid dan surau di Negeri Selangor.

KEKALKAN DISIPLIN DAN PATUHI SEGALA GARIS PANDUAN

Dato’ Haji Mohamad Munir bin Bani, D.P.M.S., J.S.D.
Tarikh : 18 Jun 2020

Get real time updates directly on you device, subscribe now.