nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1,472 PUS gagal jalani ujian COVID-19

29 JUN: Kementerian Kesihatan sedang mengesan 1,472 individu yang diletakkan sebagai pesakit dalam pemantauan (PUS), namun masih gagal menjalani ujian COVID-19 pada hari ke-13.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhannya jumlah PUS yang dibenarkan pulang dari pusat kuarantin sejak 10 Jun lalu dan diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian (HSO) adalah seramai 5,909 orang.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, hanya 4,437 individu yang direkodkan menjalani ujian COVID-19 di klinik kesihatan serta klinik swasta pada hari ke-13, manakala selebihnya gagal berbuat demikian.

“Kerajaan memandang serius kepatuhan HSO ini dan individu yang gagal mematuhi perintah serta syarat yang ditetapkan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 22, Akta 342.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen berkenaan iaitu denda atau dipenjarakan atau kedua duanya sekali,” katanya pada sidang media harian COVID-19, hari ini.

Terdahulu, Dr Noor Hisham mengesahkan Kementerian Kesihatan mengesan tiga kes baharu positif COVID-19 membabitkan rakyat Malaysia termasuk satu kes jangkitan dari luar negara dan dua kes penularan tempatan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes penularan dari luar negara atau import berkenaan membabitkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Fiji dan New Zealand.

Dr Noor Hisham memberitahu, dua kes jangkitan tempatan pula membabitkan seorang pesakit yang menjalani ujian saringan pra prosedur rawatan barah darah di sebuah hospital di Selangor dan satu lagi kes saringan tempat kerja di pasar Sandakan, Sabah.

“Pertambahan tiga kes berkenaan menjadikan jumlah positif COVID-19 di negara ini kepada 8,637 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 182 kes.

“Dengan perkembangan terbaharu ini bermakna catatan kes baharu kembali ke satu angka selepas dua hari merekodkan masing-masing 10 dan 18 kes sebelum ini,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak 16 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 8,334 kes atau 96.5 peratus dari jumlah keseluruhan kes.

Katanya, tiada pertambahan kes kematian dilaporkan dan jumlahnya kekal 121 kes atau 1.40 peratus daripada keseluruhan kes, manakala jumlah kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sekarang ialah 4 termasuk seorang bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.