nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PN di landasan betul memacu negara

3 JULAI: Pertemuan di antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin utama parti-parti politik termasuk pemimpin dari kaum Cina dan India memberi maksud bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) berada di landasan yang betul bagi memacu negara.

Ahli Dewan Negara, Senator Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata, perkara itu adalah acuan sebenar yang perlu diamalkan sepertimana kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu yang mengambil kira suara daripada semua kaum dalam sebuah perikatan.

Menurut beliau, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan sudah pasti ia memiliki banyak perbezaan dan pandangan dari setiap sudut justeru gabungan itu akan memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

IBRAHIM SHAH

“Jika sekiranya, pertemuan ini diadakan adalah bertujuan untuk berpakat bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sudah pasti ia merupakan sebuah gabungan yang sangat utuh kerana diwakili oleh UMNO, PAS, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak dan beberapa parti di Sabah.

“Persediaan bagi menghadapi PRU-15 perlu dilaksanakan segera kerana kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin memerlukan sokongan yang lebih daripada 114 Ahli Parlimen yang ada bersama beliau sekarang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ibrahim mengulas tentang pertemuan tersebut yang berlaku kelmarin.

Beliau juga amat bersyukur kerana bibit-bibit perpaduan terutama dalam kalangan orang Melayu sudah mula ada dan direalisasikan dengan kerjasama UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kumpulan Azmin dan beberapa parti gabungan di Sabah dan Sarawak.

Pada masa yang sama, Ibrahim menasihatkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO supaya meraikan gabungan itu kerana sudah terbukti mampu untuk menstabilkan keadaan politik dan ekonomi negara selepas 22 bulan dimusnahkan oleh Pakatan Harapan (PH).

“Saya merasakan usaha penggabungan di antara parti-parti terbesar di Negara ini amat perlu dalam situasi negara tidak stabil selepas dilanda dengan wabak COVID-19.

“Setiap lapisan masyarakat seharusnya mengetepikan isu politik dan bersama menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri bagi membawa Malaysia kepada keadaan yang sebetulnya yang boleh memulihkan balik ekonomi negara.

“Kepada ahli-ahli politik, sudah-sudahlah bergaduh dan menuduh sesama sendiri kerana rakyat sedang menilai dan rakyat sedang berhadapan dengan isu sara hidup yang amat meruncing pasca COVID-19,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berpandangan, desakan untuk membubarkan Parlimen akan terus menyebabkan perpecahan dalam kalangan rakyat berlaku dengan lebih teruk.
“Dijauhkan Allah, mungkin juga kita akan membuka peluang kepada PH memerintah negara semula dan ingin saya tekankan sekiranya perkara ini berlaku, saya rasa agak sukar untuk kita mendapatkan kembali tampuk pemerintahan ini.

“Negara dan rakyat akan menghadapi nasib yang cukup gelap dalam jangka masa yang lama,” ujarnya.

Ibrahim berkata, selain politik, sistem pendidikan di negara ini telah menjadi sebab kepada perpecahan anak-anak muda kita di antara Melayu, Cina dan India tidak seperti Wawasan 2020 yang menginginkan mereka ini bersama-sama sebagai Bangsa Malaysia.

“Isu seperti penjualan Kad Pengenalan kepada warga asing, isu kebanjiran warga asing, isu rasuah, isu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, raja dan negara, isu pengangguran dalam kalangan anak-anak muda, isu kos sara hidup dan lain-lain lagi juga harus diselesaikan agar perkara-perkara ini menjadi pengajaran dan panduan kepada rakyat,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.