nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Syed Saddiq tarik balik saman terhadap Bersatu

6 JULAI: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan menarik balik saman sivil terhadap kes pemecatannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tindakan tersebut dimaklumkan beliau dalam catatan di Facebook miliknya hari ini, selang beberapa jam selepas penggantinya sebagai Ketua Armada Bersatu diumumkan.

Malah Syed Saddiq berkata, apabila khidmatnya di dalam Bersatu dan Armada tidak diperlukan lagi, maka sudah tibanya masa untuk beliau pergi.

“Kalau nak ambil parti, ambillah. Kalau nak buang nombor keahlian saya, buanglah. Saya tidak akan melengah-lengahkan usaha tuan-tuan sekalian.

“Saya akan sentiasa mencipta ruang untuk membina negara. Bagi saya, rakyat dan negara itu paling utama,” katanya sambil mengingatkan yang beliau akan tetap mengorak langkah ke hadapan.

Dalam catatan di Facebook itu, Syed Saddiq sempat berkongsi pengalaman kisah perjuangan beliau bersama Armada dari sebelum sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kata Ahli Parlimen Muar itu, Armada bukan sekadar sebuah instrumen politik, tetapi ia ibarat keluarga buatnya.

“Hari ini, Bersatu telah melantik Ketua Armada yang baru selepas saya dipecat.

“Kalau tanya saya, saya merasa rendah diri. Pengalaman dan pengetahuan yang saya raih dalam Armada besar nilainya.

“Hubungan yang kami bina dalam Armada juga tidak akan putus,” ujarnya.

Syed Saddiq pada bulan lalu bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima yang lain memfailkan saman terhadap Bersatu dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung pengguran keahlian serta jawatan mereka dalam parti itu.

Berdasarkan laporan media, Syed Saddiq memohon satu deklarasi bahawa beliau ialah ahli dan Ketua Armada parti itu yang sah dalam saman itu.

Bagaimanapun pihak-pihak yang dinamakan sebagai defendan telah mengemukakan permohonan di mahkamah untuk mengenepikan saman tersebut dengan alasan bahawa tindakan undang-undang itu sebagai remeh, bersifat skandal dan menyalahgunakan proses mahkamah. -M.H HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.