nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

AT&S perluas operasi di Kulim perkukuh kedudukan Malaysia

16 JUN: Keputusan syarikat teknologi global, AT&S memperluas operasinya di Kulim, Kedah memperkukuh lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan teknologi berimpak tinggi.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu kenyataan susulan pengumuman dibuat syarikat Austria itu, hari ini.

“Alhamdulillah, pertemuan dan perbincangan yang berlangsung pada awal Jun membuahkan hasil apabila AT&S mengumumkan hasrat untuk memperluas operasinya di Kulim, Kedah, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan teknologi berimpak tinggi,” katanya.

Menurut Anwar, pelaburan itui dijangka memperkukuh lagi ekosistem semikonduktor negara serta membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata keyakinan pelabur antarabangsa seperti AT&S membuktikan bahawa dasar yang jelas, kestabilan politik, tatakelola yang baik serta iltizam kerajaan untuk memacu transformasi ekonomi sedang meletakkan Malaysia di landasan yang tepat sebagai destinasi utama pelaburan teknologi maju dan pusat pertumbuhan ekonomi baharu rantau ini.

“Perkembangan ini amat bermakna dalam menjulang semangat saling percaya dan komitmen terhadap masa depan ekonomi digital negara yang kini diterjemahkan melalui pelaburan yang nyata serta berimpak tinggi kepada negara,” katanya.

AT&S merupakan antara peneraju global dalam pengeluaran substrat litar bersepadu (IC) bernilai tinggi dan papan litar bercetak, selain membangunkan teknologi perhubungan canggih yang menyokong pelbagai industri strategik termasuk peranti mudah alih, automotif, aeroangkasa, perubatan, perindustrian serta pengkomputeran berprestasi tinggi bagi aplikasi kecerdasan buatan (AI).

Terdahulu, AT&S mengumumkan pelaburan sehingga €2 bilion (RM10 bilion) di Malaysia yang mendorong harga saham syarikat itu melonjak hampir 30 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Mertin, berkata perluasan itu membuktikan kepercayaan pelanggan terhadap keupayaan syarikatnya.

“Kepimpinan teknologi kami, jalinan kerjasama kukuh dengan pemain global dalam industri semikonduktor, serta keupayaan terbukti untuk memperluaskan kemudahan pembuatan berteknologi tinggi meletakkan kami sebagai rakan pilihan bagi gelombang pertumbuhan seterusnya.

“Perluasan tapak kami di Kulim membuktikan kepercayaan yang diberikan pelanggan terhadap keupayaan kami serta komitmen bersama kami untuk mencapai pertumbuhan yang menguntungkan dalam jangka panjang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.