nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia nafi beri layanan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak Rohingya

16 JUN : Kerajaan Malaysia menolak dakwaan yang mengaitkan negara ini dengan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak migran dan pelarian termasuk daripada komuniti Rohingya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan menegaskan dakwaan kononnya kanak-kanak dikurung tanpa pembelaan atau dinafikan kebajikan asas tidak menggambarkan usaha sebenar yang sedang dilaksanakan kerajaan dalam mengurus isu migrasi tidak teratur secara bertanggungjawab, berperikemanusiaan dan selaras dengan keperluan keselamatan negara.

“Setakat 28 Februari 2026, sebanyak enam buah Baitul Mahabbah sudah beroperasi di seluruh negara dan menempatkan seramai 188 orang kanak-kanak, termasuk tujuh orang kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak tanpa penjaga atau terpisah.

“Pelaksanaan inisiatif Baitul Mahabbah ini adalah langkah interim untuk menyediakan penempatan sementara yang lebih sesuai kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah bersama penjaga mereka.

“Hakikatnya, Kerajaan melalui KDN dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melaksanakan pelbagai langkah bagi memastikan kebajikan serta perlindungan kanak-kanak yang terlibat terus diberi perhatian,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Terdahulu, tular video ucapan aktivis Rohingya, Noor Azizah yang mendakwa etnik itu ditindas di Malaysia di mana lebih 2,000 kanak-kanak ditempatkan di pusat tahanan imigresen dan membesar di sebalik jeriji besi berbanding berada di dalam bilik darjah.

Dalam pada itu, KDN berkata inisiatif itu membolehkan kanak-kanak dipindahkan daripada persekitaran depot tahanan imigresen biasa sementara proses dokumentasi, pengesahan status dan penyelesaian lanjut dilaksanakan.

“Di Baitul Mahabbah, mereka ditempatkan dalam persekitaran yang lebih kondusif serta diberikan perhatian dari segi keperluan asas, keselamatan, kesihatan, aktiviti pendidikan tidak formal, bimbingan asas dan ruang riadah yang bersesuaian dengan umur serta keadaan mereka.

“Baitul Mahabbah juga merupakan langkah peralihan yang dilaksanakan Kerajaan sementara kerangka inisiatif Alternatif Kepada Penahanan Kanak-Kanak yang lebih menyeluruh sedang diperhalusi oleh KDN bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), rakan strategik kerajaan serta badan bukan kerajaan yang berkaitan,” menurut KDN.

Dalam masa yang sama, KDN berkata kerajaan sedang merancang untuk memperluas skop dan kapasiti Baitul Mahabbah secara berfasa, termasuk bagi menampung kategori umur kanak-kanak yang lain, tertakluk kepada kesesuaian kemudahan, tahap keselamatan, keperluan perlindungan kanak-kanak serta kapasiti agensi pelaksana.

“Realitinya, kerajaan sedang berusaha memastikan kanak-kanak yang terlibat tidak terus berada dalam persekitaran tahanan biasa, di samping memastikan mereka dilindungi daripada risiko eksploitasi, penyeludupan migran, pemerdagangan orang dan pengabaian.

“Pendekatan yang diambil adalah bagi menyeimbangkan tuntutan kemanusiaan dengan tanggungjawab Kerajaan untuk memelihara keselamatan negara dan integriti sistem imigresen,” kata KDN.

Menurut kenyataan itu, Malaysia juga ingin menegaskan bahawa isu berkenaan tidak boleh dilihat secara terpisah daripada konteks yang lebih besar.

“Kemasukan tidak sah, penyeludupan migran dan pemerdagangan orang yang melibatkan komuniti rentan, termasuk Rohingya, merupakan cabaran keselamatan dan kemanusiaan yang kompleks serta merentas sempadan.

“Dalam banyak keadaan, kanak-kanak menjadi mangsa kepada rangkaian sindiket yang mengambil kesempatan atas konflik, kemiskinan dan ketiadaan penyelesaian jangka panjang di negara asal,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Malaysia menyeru semua pihak termasuk negara asal, pertubuhan antarabangsa, rakan serantau dan aktivis kemanusiaan memainkan peranan yang lebih tegas dan bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian yang mampan.

“Tumpuan tidak seharusnya hanya diberikan kepada kritikan terhadap negara penerima, tetapi juga kepada usaha menangani punca sebenar migrasi paksa, membanteras sindiket penyeludupan migran dan pemerdagangan orang, mempercepatkan penempatan semula ke negara ketiga serta mewujudkan keadaan yang membolehkan kepulangan secara selamat, sukarela dan bermaruah apabila keadaan mengizinkan,” kata KDN.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.