nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Projek perkongsian antara negeri selesai isu air

10 JULAI: Kementerian Alam Sekitar dan Air sedang giat mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi melaksanakan projek perkongsian antara negeri bagi menyelesaikan masalah air di negara ini.

Menterinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mengikut perancangan, projek perkongsian berkenaan membolehkan negeri yang mempunyai lebihan berkongsi dengan negeri yang mempunyai masalah kekurangan bekalan air.

Menurut beliau, antara negeri yang mempunyai lebihan bekalan air ialah Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah manakala Melaka merupakan antara negeri yang sering mengalami kekurangan bekalan air.

“Perkongsian dirancang antara negeri mempunyai lebihan bekalan air dan negeri yang mengalami kekurangan bekalan air itu perlu memberi manfaat pada kedua-dua negeri terlibat selain memastikan isu bekalan air tidak menjejaskan kehidupan rakyat.

“Kita harapkan dengan perancangan di peringkat kementerian ini, kita mampu menyediakan satu perancangan besar bekalan air seluruh negara pada masa hadapan. Sekarang ini kita sedang meneliti beberapa perkara antaranya negeri mempunyai lebihan air dan dilepaskan ke laut.

“Ini perlu dimanfaatkan, dan beberapa kaedah akan kita gunakan supaya kita sedia berhadapan dengan apa sahaja yang dijangka banyak pihak,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena lawatan kerjanya ke Melaka di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) Malaysia pada 30 Jun lepas mendakwa negara dijangka mengalami masalah air kritikal dalam 10 hingga 15 tahun akan datang.

Berikutan itu PEKA menggesa kerajaan Persekutuan, Negeri dan pihak berkepentingan lain supaya mengambil langkah lebih agresif bagi menjaga dan melindungi alam sekitar sekali gus memastikan bekalan air semulajadi sentiasa terjamin.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, kementeriannya mengambil berat setiap laporan daripada semua pihak dalam isu penjagaan alam sekitar khususnya melibatkan hutan simpan yang menjadi salah satu bekalan atau rizab air negara.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kerajaan berharap dua projek berimpak tinggi iaitu Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) akan dibangunkan di Melaka iaitu TAPS Jernih dan TAPS Melaka bagi menyelesaikan masalah bekalan air bagi tempoh jangka masa panjang.

Beliau berkata, projek TAPS Melaka yang dianggarkan melibatkan kos RM350 juta dan dijangka siap pada 2024 pula mampu menampung keperluan penggunaan air di Daerah Alor Gajah dan kawasan tambak laut dengan jumlah kapasiti sebanyak 280 juta liter sehari sehingga 2040.

“Projek TAPS Jernih atau dulunya dikenali sebagai Empangan Sungai Jernih yang bernilai RM200 juta mampu menampung kapasiti sebanyak 13,000 juta liter air dan mampu membekalkan air 95 juta liter sehari ke loji rawatan air Jernih sekali gus menampung permintaan bekalan air di Melaka sehingga 2052,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.