nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lanjutkan moratorium untuk B40, golongan hilang pendapatan

Cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk melanjutkan moratorium hutang bank adalah cadangan yang tepat dan berasas.

Pengangguran adalah benar. Pengurangan pendapatan adalah benar. Kemungkinan hutang tak mampu dibayar adalah benar. Kemungkinan ramai rakyat berhutang dengan Ah Long adalah benar.

Di sebalik itu, kemungkinan bank “tak mampu” juga mungkin benar. Tidak dinafikan keuntungan bank-bank adalah besar tetapi kita juga wajar menginsafi bahawa antara pemilik bank komersial di Malaysia adalah rakyat Malaysia – melalui PNB, KWSP, KWAP dan lain-lain.

SHAHRIL SUFIAN HAMDAN

Menurut data oleh Bank Negara Malaysia (BNM), jumlah pembayaran balik yang dibuat sebelum moratorium dilaksanakan adalah sekitar RM100 bilion setiap bulan. Sejak moratorium pembayaran balik dilaksanakan bermula 1 April 2020, jumlah bayaran balik pinjaman jatuh kepada RM76 bilion (April 2020) dan RM78 bilion (Mei 2020).

Sekiranya bank-bank komersial terjejas dari segi kewangan, sudah tentu pemegang-pemegang saham bank-bank ini juga akan terjejas.

Jadi jika ada kekhuatiran lanjutan moratorium boleh juga membawa kesan negatif kepada sistem perbankan dan keadaan ekonomi negara, maka sasarkanlah lanjutan tersebut.

Laporan beberapa hari lepas mendedahkan bahawa hampir 90% peminjam yang layak menerima moratorium telah memilih untuk mengambil moratorium. Ini angka tinggi. Walhal andaian berasas tidak sampai 90% yang sebenarnya perlu moratorium.

Dalam erti kata lain, yang kaya dan mampu bayar pun ambil moratorium – lebihan tunai dalam akaun bank mereka digunakan untuk pelaburan lain. Ini bukan tujuan dasar ini dilaksanakan Kerajaan.

Di sini pendekatan yang lebih bersasar mampu membantu mengurangkan beban kepada bank. Golongan B40 dan mana-mana individu yang diberhenti kerja atau hilang sebahagian besar mata pencarian wajar diberi lanjutan automatik. Bank-bank boleh menyemak sama ada peminjam-peminjam merupakan mereka yang terjejas atau tidak melalui KWSP, Perkeso dan LHDN.

Dalam kes-kes lain, pemohon mungkin boleh mohon lanjutan tersebut. Pendekatan sebegini akan memastikan golongan yang memerlukan terbela di samping mengurangkan kesan kewangan ke atas bank.

SHAHRIL SUFIAN HAMDAN

Ketua Penerangan UMNO

Get real time updates directly on you device, subscribe now.