nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Noh persoal PH sambung lesen Lynas

16 JULAI: Keputusan kerajaan terdahulu di bawah Pakatan Harapan (PH) melanjutkan tempoh lesen loji memproses nadir bumi milik Lynas sehingga 2 Mac 2033 telah menimbulkan persoalan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, sekurang-kurangnya 13 pemimpin PH yang pernah menjadi menteri Kabinet telah menandatangani ikrar menutup Lynas pada 2013 sekiranya mereka membentuk kerajaan Persekutuan.

“Ini rekod, nama-nama ini ada di sini sekiranya dikehendaki.

“Namun yang demikian sepertimana yang kita ketahui, Lynas bukan sahaja masih lagi beroperasi tetapi dilanjutkan lesen di bawah kerajaan yang lepas,” katanya dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

NOH OMAR

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen BN Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar yang bertanya tentang status permohonan Malaysia untuk menghantar sisa nadir bumi yang dikeluarkan kilang Lynas ke Australia.

Noh ketika bertanya soalan tersebut turut menyatakan, operasi Lynas yang bermula pada zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) mencatatkan sejarah tersendiri apabila menerima bantahan hebat daripada PH.

Beliau turut menyebut beberapa pemimpin pembangkang seperti Ahli Parlimen PH Kuantan, Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen PH Bentong, Wong Tack yang menyertai demontrasi membantah Lynas.

“Namun, pada zaman PH memerintah diluluskan pula. Adakah BN salah, PH betul?” soal Noh.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Noh berhubung dakwaan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh lesen Lynas, Khairy menjelaskan, lesen asal yang tamat pada 3 Mac lalu telah diperbaharui untuk tempoh tiga tahun.

Menurut beliau, kelulusan itu dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) setelah Lynas mematuhi syarat-syarat tambahan lesen terdahulu.

“Selain itu, hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh AELB juga menunjukkan pihak Lynas telah mematuhi semua kehendak peruntukan dan syarat lesen yang dikenakan di bawah Akta 304.

“Justeru, kerajaan yang lepas telah bersetuju supaya lesen operasi Lynas diteruskan,” ujarnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.