nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RM3 bilion naik taraf sekolah daif

16 JULAI: Kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM3.055 billion untuk melaksanakan projek naik taraf dan pembangunan semula 773 sekolah daif di seluruh negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke -11 (RMKe-11) bagi tahun 2016 sehingga tahun 2020.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, peruntukan berkenaan digunakan untuk menaik taraf atau membina semula bilik darjah, asrama, bangunan pentadbiran dan kemudahan lain.

Katanya, daripada keseluruhan peruntukan tersebut, sejumlah RM415.0 juta adalah untuk menaik taraf dan pembangunan semula 245 buah sekolah di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata sejumlah RM1.388 bilion lagi untuk naik taraf dan pembangunan semula 291 buah sekolah di Sarawak manakala baki
RM1.252 bilion adalah untuk naik taraf dan pembangunan semula 237 sekolah di Sabah.

“Berdasarkan status pelaksanaan projek di seluruh negara sehingga 30 Jun 2020, sebanyak 542 projek telah siap. Daripada jumlah itu
510 projek telah menerima Certificate of Completion and Compliance (CCC)/Certificate of Partial Occupancy (CPO) dan 32 projek lagi dalam
proses mendapatkan CPO.

“Selain itu, 53 projek masih dalam fasa pembinaan, 32 projek dalam proses perolehan dan 146 projek lagi dalam fasa prabina yang meliputi proses reka bentuk, penyediaan dokumen tender dan kelulusan Kebenaran Merancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata dalam jawapan pertanyaan lisan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bebas Simpang Renggam, Dr Maszlee Malek yang meminta Menteri Pendidikan  menyatakan status terkini usaha pembaikpulihan sekolah daif di seluruh negara, terutamanya di Sabah dan Sarawak dan apakah unjuran kejayaan pelaksanaan untuk tahun 2020.

Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata bagi seluruh Semenanjung, sejumlah 225 projek telah siap, satu (1) projek masih dalam pembinaan dan 19 projek di peringkat pra bina.

Katanya, bagi negeri Sarawak, sejumlah 167 projek telah siap, dengan 158 projek telah menerima CCC/CPO dan 9 projek dalam proses
mendapatkan CPO. Di samping itu, 49 projek lagi masih dalam pembinaan, 13 projek dalam proses perolehan dan 62 projek dalam fasa
pra bina.

Katanya, bagi negeri Sabah pula, sejumlah 150 projek telah siap, di mana 127 telah dikeluarkan CCC/CPO dan 23 projek dalam proses mendapatkan CPO. Baki 3 projek lagi masih dalam pembinaan, 19 projek dalam proses perolehan dan 65 projek dalam fasa pra bina.

Beliau berkata Projek menaik taraf dan membangunkan semula sekolah daif yang telah diluluskan bagi tahun 2020 adalah sebanyak 136 projek.

“Berdasarkan jangkaan awal Jabatan Kerja Raya (JKR), sebanyak 52 projek yang berstatus dalam pembinaan disasarkan dapat disiapkan.

“Bagaimanapun, unjuran ini terpaksa dikurangkan berikutan kesan pendamik COVID-19 yang menyebabkan kerja-kerja di tapak terpaksa
ditangguhkan. Oleh yang demikian, hanya 32 projek dijangka dapat disiapkan dalam tahun 2020.

“KPM akan terus bekerjasama rapat dengan JKR Malaysia, JKR Sarawak, JKR Sabah, Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri
Sabah termasuk PBT bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.