nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Syed Saddiq kena soal siasat lebih 11 jam

18 JULAI: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, disoal siasat sekali lagi hampir 12 jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, semalam, dipercayai berkaitan kes misteri kehilangan wang dari peti besi di rumahnya di Petaling Jaya, pada 25 Mac lalu.

Syed Saddiq dalam ciap terbaharu menerusi laman Twitternya menjelaskan beliau tiada apa-apa mahu disembunyikan dan tidak takut kerana berada di pihak yang benar.

Justeru, Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengucapkan terima kasih kepada pegawai SPRM yang menyoal siasatnya kerana menjalankan tugas dengan baik dan profesional.

“Terima kasih para pegawai SPRM yang bertugas lebih masa hari ini atas layanan yang baik dan profesional. Sekali lagi, saya tak ada nak sembunyikan apa apa. Berani kerana benar,” katanya dalam ciapan terbaharu menerusi Twitternya di sini, malam tadi.

Sementara itu, menurut seorang pengawainya, Luqman Long, Ahli Parlimen Muar berkenaan memberi keterangan kepada pegawai SPRM bermula dari jam 10 pagi dan Syed Saddiq selesai berbuat demikian serta keluar dari bangunan berkenaan kira-kira jam 9 malam tadi.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi menafikan khabar angin kononnya SPRM sudah menahan mantan Menteri Belia dan Sukan berkenaan selepas datang memberi keterangan di Putrajaya, seperti tular di media sosial, semalam.

“Tiadalah,” katanya dalam jawapan ringkas menerusi mesej pesanan WhatsApp sebentar tadi.

Pada 25 Mac lalu, Syed Saddiq membuat satu laporan di Balai Polis Sungai Way berhubung kehilangan wang dianggarkan bernilai RM250,000 dari peti besi di kediamannya dekat Petaling Jaya, Selangor.

Tidak lama selepas itu, Syed Saddiq mendedahkan sebahagian besar wang tunai yang dicuri dari kediamannya di Petaling Jaya itu adalah untuk pengubahsuaian rumah.

Syed Saddiq juga memaklumkan pecahan wang berkenaan, iaitu RM90,000 adalah miliknya, manakala RM50,000 milik ibunya dan RM70,000 milik bapanya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu SPRM mengesahkan Bendahari Armada ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang dikatakan milik Syed Saddiq, Mac lalu.

Malah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, SPRM mengesyaki berlakunya penyelewengan di dalam akaun milik Armada.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.