nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Terkandas di India, jemaah Tabligh antara 96 dibawa balik

18 JULAI: Seramai 96 rakyat Malaysia termasuk 62 jemaah tabligh yang terkandas di India sejak empat bulan lalu ekoran penularan pandemik COVID-19 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.

Mereka kini menjalani proses kuarantin wajib selama 14 hari di dua pusat kuarantin ditetapkan di sekitar Lembah Klang.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka tiba kira-kira jam 6 pagi tadi menerusi sebuah pesawat sewa khas yang diselaraskan oleh Wisma Putra.

Katanya, 62 orang itu merupakan sebahagian daripada jemaah Tabligh rakyat Malaysia yang terkandas sejak Mac setelah ditahan pihak berkuasa India atas tuduhan menyalahgunakan visa lawatan sosial bagi menjalankan aktiviti keagamaan.

“Bagaimanapun, sebahagian besar telah menjalani proses perundangan dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut. Baki 34 orang rakyat Malaysia yang turut pulang hari ini menaiki pesawat yang sama bukan jemaah Tabligh.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia terutama Wisma Putra merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan India kerana memberi kerjasama sepenuhnya khususnya kepada Perwakilan Malaysia di India dalam usaha membantu rakyat Malaysia yang terkandas di sana termasuk Jemaah Tabligh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hishammuddin, beliau juga amat berterima kasih terutama kepada seluruh ahli keluarga jemaah Tabligh khasnya dan rakyat Malaysia amnya kerana sabar menunggu sementara isu ini diselesaikan.

“Saya faham, ramai yang ingin tahu perkembangan dan kesudahan isu ini sejak ia viral. Namun rakyat Malaysia
juga perlu faham bahawa jemaah Tabligh ini telah melanggar undang-undang Kerajaan India.

“Kerajaan Malaysia berdepan beberapa kekangan dalam usaha menyelesaikan proses diplomasi dan rundingan. Bagaimanapun, kita bersyukur kerana berkat doa, kesabaran dan kepercayaan seluruh rakyat Malaysia, isu ini dapat diselesaikan,” jelasnya.

Tambah Hishammuddin, di pihak Kerajaan Malaysia, sepanjang menyelesaikan isu ini Wisma Putra berusaha sedaya upaya dalam memberikan bantuan konsular sewajarnya demi memastikan kebajikan mereka sentiasa
terpelihara.

Katanya, ini termasuk menghulurkan bantuan dari segi makanan, ubat-ubatan dan barangan keperluan asas harian.

“Selain itu, Perwakilan kita di India juga telah mendapatkan khidmat guaman bagi membela mereka dengan sebaiknya serta menyediakan penginapan bersesuaian,” ujarnya.

Katanya, kesemua 96 orang rakyat Malaysia yang telah pulang ke tanah air pagi tadi perlu menjalani proses kuarantin wajib selama 14 hari di dua pusat kuarantin yang telah ditetapkan iaitu Institut Latihan Kehakiman danPerundangan (ILKAP) serta Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

“Wisma Putra dengan kerjasama Perwakilan Malaysia di India akan terus menyelaraskan usaha bagi membawa pulang baki Jemaah Tabligh yang masih berada di India secara berperingkat.

“Maklumat mengenai misi pulang seterusnya akan dimaklumkan dari masa ke masa. Marilah kita
sama-sama berdoa, semoga segala urusan dipermudahkan. Insya-Allah,” katanya.

Hishammuddin beberapa hari lalu memaklumkan terdapat 189 jemaah tabligh Malaysia masih terkandas di India dan mereka adalah antara 191 rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai kritikal.

Menjelaskannya, beliau memberitahu, daripada jumlah itu, 157 jemaah berada di New Delhi, Chennai (23 jemaah) dan sembilan di Mumbai.

“Ada antara mereka yang telah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman, sementara ada juga yang didakwa namun masih menunggu proses kehakiman,” katanya. Oleh -M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.