nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Al Jazeera tiada lesen untuk terbit dokumentari – FINAS

20 JULAI: Stesen berita antarabangsa Al Jazeera didapati tidak mempunyai lesen pengeluaran filem untuk menerbitkan dokumentari seperti yang disyaratkan di bawah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) 1981.

FINAS memaklumkan, Al Jazeera International (M) Sdn. Bhd. juga tidak mempunyai Surat Perakuan Penggambaran dalam menerbitkan dokumentari kontroversi Locked Up in Malaysia’s Lockdown itu.

“FINAS telah melakukan siasatan ke atas Al Jazeera berkaitan penerbitan dokumentari Locked Up in Malaysia’s Lockdown yang disiarkan melalui saluran media sosial.

“Hasil daripada siasatan awal, FINAS mendapati Al Jazeera tidak mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dan tiada permohonan Surat Pengakuan Penggambaran bagi penggambaran dokumentari tersebut,” kata FINAS dalam kenyataan hari ini.

Penyiaran dokumentari kontroversi itu menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia kerana memaparkan fakta tidak tepat, bahkan melampau mengaitkan tindakan pihak berkuasa ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai perkauman.

Berikutan itu, rakyat Malaysia meluahkan kemarahan di media sosial ke atas stesen berita berpengkalan di Qatar itu dengan ada yang menyifatkan Al Jazeera sebagai contoh ‘berita palsu’.

Polis juga menjalankan siasatan terhadap penerbitan dokumentari tersebut termasuk dakwaan seorang lelaki warga Bangladesh yang ditemu bual Al Jazeera antaranya kerana kesalahan menghasut setelah menerima laporan daripada pelbagai pihak.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, syarikat penyiaran termasuk Al Jazeera perlu mendapat lesen kebenaran daripada Finas sebelum membuat penggambaran dokumentari atau filem.

Katanya, tanpa lesen berkenaan, Al Jazeera bakal berdepan risiko termasuk kad akreditasi dibatalkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen).

Sementara itu, menerusi kenyataan tersebut, FINAS akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan terhadap Al Jazeera International (M) Sdn. Berhad.

“Siasatan di bawah Seksyen 22 (1) Akta FINAS 1981 kerana menjalankan aktiviti perfileman iaitu menjalankan aktiviti pengeluaran filem dokumentari tanpa lesen yang sah dari FINAS,”kata kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.