nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kaji semula jual arak di kedai runcit

23 JULAI: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengenal pasti premis-premis khas penjualan arak di kedai-kedai runcit dalam usaha mengurangkan gejala pemandu mabuk di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, walaupun lesen dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, terdapat keperluan untuk mengambil langkah itu disebabkan penjualan arak yang lebih banyak memberi kesan negatif berbanding positif di kalangan masyarakat dan penduduk.

Menurut beliau, KPKT telah mengeluarkan surat arahan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memaklumkan kepada kerajaan negeri bagi meningkatkan penguatkuasaan penjualan arak dan mengekang perbuatan memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had serta dadah.

“KPKT telah mengeluarkan surat pada 9 Jun 2020 bagi memaklumkan semua kerajaan negeri untuk mengenal pasti premis khas penjualan arak demi meningkatkan penguatkuasaan penjualan arak bagi menangani kesan negatif minuman arak kepada masyarakat.

“Persoalan ini kita tidak berbicara dari sivil agama tetapi aspek pengeluaran lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan di bawah Kementerian Kewangan,” katanya dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parliman Warisan Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman berhubung sama ada kementerian akan melihat semula penjualan arak di kedai-kedai runcit kerana arak ini mempunyai lebih banyak kesan negatif daripada positif terhadap masyarakat.

Bagi menjawab soalan tambahan Mohd Azis yang ingin mengetahui langkah pihak KPKT supaya peruncit arak mematuhi peraturan yang ditetapkan, Ismail berkata, penguatkuasaan akan dipantau oleh PBT yang dipengerusikan pegawai daerah.

“Kuasa mengeluarkan bawah kuasa kastam juga melibatkan kerajaan negeri dan daerah di mana di peringkat daerah mempunyai jawatankuasa khas daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Kita akui mengambil arak ini beri kesan cukup tidak baik pada masyarakat.

“Sebab itu, dari segi agama dalam Islam jelas arak itu haram dan tidak dibenarkan umat Islam untuk mengambil arak saya yakin bagi agama lain begitu, kesan buruk yang menimpa masyarakat yang melibatkan kemalangan mereka yang ambil arak ini,” katanya.

Sementara itu, bagi menjawab soalantambahan Ahli Parlimen PAS Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir yang bertanyakan jika kerajaan bersetuju untuk menubuhkan pasukan khas dalam menangani isu pemandu mabuk, Ismail turut bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan trend kemalangan akibat mabuk meningkat sejak tahun 2015.

“Bagi tempoh 2016 hingga 2017, 771 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk yang membuatkan 44 orang terbunuh. Saya yakin kerajaan ini serius dan kita akan lihat apakah pandangan yang cukup baik untuk tubuhkan task force bagi pastikan pengilbatan pengambilan arak ini perlu diberikan perhatian serius,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.