nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Guan Eng lewat tiba beri keterangan, tayar kereta pancit

25 JULAI: Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng lewat tiba hampir tiga jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, kerana tayar kenderaan dinaikiNYA pancit di Lebuh Raya PLUS.

Ahli Parlimen Bagan berkenaan sepatutnya hadir waktu janji temu yang ditetapkan SPRM iaitu pada 10 pagi, namun hanya dilihat memasuki bangunan Ibu Pejabat SPRM pada 12.40 tengah hari, ditemani peguamnya RSN Rayer.

Terdahulu pada jam 9.30 pagi, Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang memuat naik gambar menunjukkan tayar kereta beliau pancit di Lebuh Raya Utara-Selatan, dalam perjalanan dipercayai dari utara ke Kuala Lumpur, dalam akaun laman sosial Facebook beliau.

Lim Guan Eng tiba di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Beliau juga dilihat tiba di SPRM menaiki kereta yang berbeza dengan kereta yang mengalami masalah tayar pancit yang dimuat naik dalam hantaran beliau pagi tadi.

Pada jam 10.20 pagi, pegawai SPRM memberitahu wakil media yang menunggu bahawa Lim telah memaklumkan kepada pegawai penyiasat yang bertugas bahawa beliau akan tiba lewat kerana berada di Simpang Pulai, dekat Ipoh pada waktu itu.

Ini merupakan kali kedua Lim hadir di SPRM bagi memberi keterangan berkaitan siasatan terhadap projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Kali pertama beliau hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM ialah pada Rabu lepas. Beliau tiba di pekarangan bangunan itu pada jam 1 tengah hari dan dilihat keluar pada 7 malam tanpa memberi sebarang kenyataan kepada wakil media yang menanti.

Lim dikatakan sepatutnya menyambung keterangan pada Khamis namun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak sihat. Pada Jumaat pula dia dilaporkan mempunyai urusan lain.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki sebelum ini dilaporkan berkata kertas siasatan berkaitan kes itu dijangka dapat diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Laporan sebelum ini turut menyebut siasatan kes berkenaan kini berada pada fasa akhir dan tidak ramai saksi yang akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi menyiapkan siasatan kes berkenaan.

Pada 30 Jun lepas, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan berhubung elemen rasuah dalam projek terowong itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta beberapa Exco dan bekas Exco kerajaan negeri turut dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.