nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kenaikan pangkat pensyarah universiti ikut merit

27 JULAI: Kerajaan menyatakan bahawa kenaikan pangkat pensyarah universiti dari gred 45 hingga gred 54 adalah berdasarkan kepada merit serta tahap kecemerlangan dan kesarjanaan dan tidak tertakluk kepada sistem berasaskan masa.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman berkata terdapat empat faktor utama yang menjadi fokus dalam kenaikan pangkat pensyarah universiti iaitu pengajaran, penyelidikan, perundingan dan pentadbiran.

Menurut beliau, berdasarkan kaedah ini, kenaikan pangkat dapat dilaksanakan tanpa perlu menunggu kekosongan jawatan dan perakuannya tertakluk pada pihak berkuasa yang melantiknya.

MANSOR OTHMAN

“Justeru, ahli akademik dapat menikmati kenaikan pangkat tanpa perlu terikat dalam tempoh masa tertentu. Kajian mendapati 35 peratus kenaikan pangkat kurang daripada enam tahun berkhidmat manakala 49 peratus kakitangan, enam ke 10 tahun sudah pun naik pangkat.

“Kementerian berpandangan kenaikan pangkat pensyarah ini telah meningkatkan kualiti ahli akademik di samping meningkatkan kredibiliti dan dapat mencerminkan universiti. Dengan kaedah ini, pensyarah universiti awam akan kekal dinamik dalam melahirkan graduan yang berkualiti,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Mansor menjawab soalan Ahli Parlimen PAS Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkenaan sistem berasaskan masa akan dilaksanakan oleh kerajaan atau tidak di semua IPTA bagi kenaikan pangkat daripada gred 45 hingga gred 54.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bebas Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berhubung penglibatan akademik dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat diambil kira dalam kenaikan pangkat, Mansor memberitahu pihaknya telah menubuhkan jawatankuasa bagi menangani masalah itu.

“Kementerian memberi perhatian kepada tiga perhubungan iaitu hubungan dengan industri, hubungan dengan masyarakat dan suatu jawatankuasa telah ditubuhkan merentasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Sains dan Teknologi dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk tangani masalah itu.

“Itu menggalakan para akademik memberi khidmat terbaik kepada pihak universiti dan untuk memberi khidmat cukup tuntas kepada pelajar dengan pihak industri dan pihak masyarakat,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.