nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keterangan saksi ke-81 berdolak-dalik

29 JULAI: Saksi ke-81 dalam perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dipanggil semula hari ini, telah memberi keterangan yang berdolak dalik.

Di Mahkamah Tinggi hari ini, saksi berkenaan, Omar Ali Abdullah yang tidak begitu pandai membaca dan menulis beberapa kali memberi jawapan bercanggah dengan keterangan bertulisnya yang dikemukakan terdahulu.

Omar yang berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) memaklumkan perkara berkenaan ketika ditanya pasukan peguam bela dalam perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi yang dihadapi Ahmad Zahid.

Ditanya peguam bela siapa yang menyediakan keterangan bertulisnya, Omar memaklumkan ia disediakan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM).

Ditanya bila pertama kali terima keterangan saksi, Omar berkata antara seminggu hingga dua minggu lalu.

“Ada pegawai SPRM WhatsApp saya. Kemudian saya print statement,” katanya

Peguam bela bertanya apabila dibawa balik ke rumah adakah dia membacanya dahulu, Omar kemudian berkata beliau membacanya tetapi mengambil sedikit masa.

Ditanya lagi oleh peguam bela sama ada dia perasan bahawa beberapa keterangannya di Mahkamah pada 27 Julai lalu bercanggah dengan keterangan bertulis, Omar berkata dia tak perasan.

Ketika peguam bela bertanya berapa kali dia berjumpa SPRM untuk memberi keterangan, Omar berkata antara 15 hingga 20 kali dan sesi berlangsung tidak lama kecuali kali pertama yang berlaku dari 10 pagi hingga 10 malam.

Peguam bela bertanya sama ada dia membaca semula keterangan dan membuat pembetulan, Omar berkata:

“Saya sign setiap statement setelah tengok. Pegawai SPRM suruh tengok dekat laptop. Saya tak pandai jadi saya tengok lebih kurang. Saya tak buat pembetulan.”

Peguam bela bertanya sama ada keterangan yang dibuatnya di mahkamah ketika menjawab soalan pada 27 Julai lalu (sekitar 2014 dia telah diminta masukkan wang tunai dalam akaun Yayasan Akalbudi) adalah benar?

“Ya,” jawab Omar.

Peguam bertanya lagi, berdasarkan ayat berkenaan, tidak ada arahan lain yang dibuat oleh Zahid kecuali masukkan wang tunai ke dalam akaun Yayasan Akalbudi?

“Ya. Setuju,” jawabnya.

Namun peguam membangkitkan yang dalam keterangan bertulis, Omar mendakwa Zahid meminta tukarkan wang tunai yang diterima kepada cek sebelum dimasukkan ke akaun Yayasan.

Omar ditanya sekali lagi oleh peguam bela sama ada dia bersetuju Zahid tidak pernah pun meminta atau memberi arahan untuk tukarkan tunai kepada cek.

“Setuju,” katanya

Omar juga bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa Zahid tak pernah sekalipun pada bila-bila masa menyuruh atau minta tolong masukkan duit sumbangan ke akaun peribadinya.

Peguam bela bertanya sama ada Omar pernah cuba masukkan wang tunai yang diterima dari penyumbang terus ke akaun Lewis & Co.

“Tak pernah. Sebab bank tak terima tunai lebih dari RM50 ribu.”

Omar bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa perbuatannya menukar wang tunai kepada cek sebelum dimasukkan ke akaun Yayasan adalah insiatif yang diambil sendiri dan bukan diarahkan oleh Zahid.

Omar juga bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa Zahid tidak pernah pun mengarahkannya menukarkan tunai sumbangan Yayasan AlBukhari kepada cek, atau menukar duit kepada wang asing mahupun memberi pinjaman kepada beberapa orang kawannya.

Malah Omar berkata semua perbuatan itu adalah inisiatifnya sendiri.

Omar ditanya pula oleh pendakwa raya, disebabkan bank tidak boleh menerima wang tunai melebih RM50 ribu, adakah cara lain?

“Caranya mudah. Saya tukar tunai dengan cek rakan-rakan saya dan masukkan dalam akaun Yayasan Akalbudi. Itu memang idea saya,” jawabnya.

Apabila peguam bela Zahid berkata yang wang itu tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun jika tidak mengikut ideanya, Omar berkata, “tak dapat.”

Terdahulu, saksi ke-84, Datuk Seri Mohammad Shaheen Shah Mohd Sidek dalam keterangan bertulisnya menyatakan dia tidak pernah melihat dokumen perjanjian jual beli saham di antara Tan Sri Rashid bin Abdul Manaf dan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Katanya, Rashid telah memaklumkan kepadanya bahawa Ahmad Zahid meminta Ri-Yaz Group segera memulangkan semula duit yang telah diberikan kepada Ri-Yaz Group.

Seterusnya dia diarahkan oleh Abdul Rashid untuk mengeluarkan nama Nurulhidayah sebagai pengarah Ri-Yaz Group.

“Dari makluman Tan Sri Rashid tersebut saya faham bahawa urusan jual beli saham di antara Tan Sri Rashid dan Dato’ Nurulhidayah tersebut tidak berjaya,” katanya.

Pendakwa bertanya, apa yang berlaku kepada Nurulhidayah apabila jual beli dibatalkan.

“Meletak jawatan sebagai pengarah,” jawabnya.

Shaheen ditanya sama ada di dalam perjanjian bual beli perlukah deposit dipulangkan.

“Saya tak tahu kandungan perjanjian jual beli. Tapi apabila tak jadi Tan Sri Rashid suruh pulangkan balik,” jawabnya.

Pembayaran balik tak ada komisen?

“Tidak. Pembayaran balik seperti mana yang diterima pada awalnya.”

Perbicaraan disambung esok. -Oleh NOOR HASILAH ISMAIL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.