nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aktiviti pusat urut antara 186 ditahan ingkar PKPP – Ismail Sabri

31 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 186 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk aktiviti melibatkan pusat urut tanpa lesen semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu 41 individu direman manakala tiga lagi dijamin dan 142 individu dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti pusat urut tanpa lesen (2), aktiviti yang tidak mengikuti SOP (59), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (124) dan langar perintah pengawasan.

“Task Force Operasi Pematuhan diketuai PDRM membuat 66,463 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurutnya, PDRM telah melakukan 1,942 pemeriksaan bagi memantau individu yang sedang menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di kediaman masing-masing, semalam.

Kata Ismail Sabri, polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan pemantauan bagi memastikan individu menjalani kuarantin mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menurut beliau, sejak 24 Julai sehingga semalam seramai 2,800 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka telah ditempatkan di 11 hotel dan Institut Latihan Awam (ILA) stesen kuarantin di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor dan Johor

“Mereka (2,800 individu) telah pulang dari 23 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura,Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda Dan Australia.

“Daripada jumlah itu, seramai 11 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuat pemeriksaan di 15 tapak binaan di Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang mendapati 12 daripadanya patuh pada SOP yang ditetapkan manakala dua tapak diberi nasihat kerana tidak mematuhi SOP dan selebihnya didapati tidak beroperasi.

“Kesemua 19 tapak binaan yang diarahkan tutup oleh pihak penguatkuasa CIDB sebelum ini telah dibenarkan untuk beroperasi sepenuhnya setelah tapak-tapak tersebut mematuhi SOP dan Garis Panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan.,” katanya.

Mengenai Operasi Benteng, Ismail Sabri berkata, PDRM membuat 59 sekatan jalan raya di seluruh negara serta memeriksa 41,784 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) semalam. –Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.