nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Batal kompaun tak pakai pelitup muka dalam kereta

3 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membatalkan kompaun yang dikeluarkan semalam terhadap pemandu dan penumpang yang didapati tidak memakai pelitup muka dalam kenderaan persendirian.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan hanya mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam seperti bas, teksi, kenderaan e-hailing, transit aliran ringan, gerabak KTM serta tempat-tempat awam yang sesak sahaja.

Menurut beliau, mereka yang telah membayar kompaun tersebut boleh menuntutnya semula daripada Kementerian Kesihatan.

“Jadi, saya harap perkara-perkara ini tak timbul, saya yakin kepada pihak polis menggunakan budi bicara di tempat-tempat awam dan sebagainya,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Ismail Sabri mengulas tentang rungutan netizen yang tular dalam media sosial sejak semalam berhubung tindakan kompaun yang dikenakan kerana tidak memakai pelitup muka dalam kereta sendiri.

Beliau menambah, mereka yang menaiki kenderaan persendirian dengan keluarga atau rakan-rakan tidak diwajibkan memakai pelitup muka.

“Kalau kita dengan kawan tempat kerja pergi pejabat, kita tahu siapa kalau ada kes positif COVID-19 kerana dia merupakan kawan kita yang bersama kita setiap hari tumpang satu kenderaan,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri memberitahu, pemakaian pelitup muka juga hanya diwajibkan di tempat-tempat awam yang sesak seperti pasar awam, pasar tani, pasar malam dan juga pasar raya.

Selain itu, beliau berkata, tempat tumpuan pelancong serta panggung wayang juga telah ditetapkan sebagai tempat awam yang sesak.

“Kalau tempat itu kawasan yang luas seperti padang bola atau pantai tidak diwajibkan, tetapi saya sebutkan dari mula lagi, pemakaian pelitup muka digalakkan di mana-mana,” ujarnya.

Ismail Sabri sekali lagi mengingatkan bahawa kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah tidak perlu memakai pelitup muka kerana dikhuatiri boleh menyebabkan mereka lemas jika tertidur.

Namun, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak yang masih kecil ke tempat-tempat awam untuk mengelakkan risiko jangkitan COVID-19.

Berhubung isu tular semalam konon-kononnya penunggang-penunggang motosikal disaman oleh PDRM kerana tidak memakai pelitup muka, Ismail Sabri menjelaskan, dakwaan itu tidak benar.

“Mereka sebenarnya tidak menunggang di laluan motosikal,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.