nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BEDP: 192 syarikat bumiputera jana RM1.1 bilion

3 OGOS: Sebanyak 192 syarikat bumiputera menerima manfaat dari Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP) dengan hasil jualan bernilai RM1.1 bilion sejak ia diperkenalkan pada 2004.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, program itu membantu pengeksport bumiputera menerokai pasaran luar negara termasuk mengeluarkan produk-produk halal yang berkualiti melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti promosi eksport sepanjang tempoh program.

Menurut beliau, program ini dilaksanakan oleh kerajaan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk memperkasakan agenda ekonomi bumiputera di samping akan terus memberikan tumpuan kepada program-program promosi dan pembangunan pengeksport.

“MATRADE terus memberikan tumpuan kepada program-program promosi dan pembangunan pengeksport yang bertujuan memberi pendedahan, bantuan dan khidmat nasihat kepada syarikat bumiputera.

“Syarikat bumiputera yang berjaya menyertai program ini akan diberi bimbingan dan khidmat nasihat merangkumi perkara-perkara berkaitan peningkatan eksport. Penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti promosi eksport turut dibiayai meliputi kos yuran penyertaan, tiket kapal terbang dan penginapan sepanjang aktiviti berlangsung,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong berkaitan kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Mohamed Azmin memberitahu, sebanyak 2,794 projek telah dilaksanakan melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM208.5 bilion sejak 2015 hingga 2019.

Beliau menambah, projek tersebut telah menjana sebanyak 214,969 pekerjaan yang terdiri daripada 160,478 (75 peratus) pekerja tempatan dan 54,491 (25 peratus) pekerja asing di samping sebanyak 22,022 atau 10.2 peratus pekerjaan dikategorikan sebagai berpendapatan tinggi yang menerima gaji bulanan sekurang-kurangnya RM5,000.

“MITI melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah melaksanakan beberapa inisiatif, antaranya mengenakan syarat jumlah guna tenaga sepenuh masa sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat Malaysia untuk kelulusan Lesen Pengilang dan pemberian insentif.

“Syarat guna tenaga ini turut meliputi nisbah kakitangan pengurusan, teknikal dan penyeliaan sebanyak 25 peratus,” jelasnya.

Mohamed Azmin menyatakan, bagi projek-projek berimpak tinggi, syarikat turut dikenakan syarat untuk melaksanakan latihan industri dengan universiti tempatan serta keperluan untuk menyediakan latihan atau menetapkan jumlah pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat tempatan.

“Seterusnya beberapa inisiatif bagi menggalakkan pembangunan bakat tempatan turut dilaksanakan oleh MIDA seperti ‘MIDA Apprenticeship Programme’, kolaborasi bersama Persatuan Pengilang Malaysia dan Kementerian Pendidikan serta kolaborasi atau perkongsian pintar dengan pihak-pihak berkepentingan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.