nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Langgar perintah kuarantin antara ditahan ingkar PKPP

4 OGOS: Langgar perintah kuarantin antara pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diambil tindakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam operasi semalam, PDRM telah menahan 104 individu dengan lima daripadanya telah direman manakala 99 lagi pula dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti yang tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dengan seramai 46 orang, aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (53), premis beroperasi lebih masa (empat) dan langar perintah kuarantin, satu.

“Task Force Operasi Pematuhan diketuai PDRM telah membuat 60,856 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 2,685 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,841 anggota telah membuat pemantauan di 4,009 pasar raya, 5,670 restoran serta 1,696 penjaja, 1,196 kilang, 3,943 bank dan 921 pejabat kerajaan. Juga dipantau, sebanyak 1,199 terminal pengangkutan darat, 212 terminal pengangkutan air serta 90 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurut Ismail Sabri, PDRM telah melakukan 2,078 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing semalam dengan tindakan kumulatif diambil terhadap 80 individu kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.

Katanya, PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu tebabit bagi memastikan SOP dipatuhi.

“Sejak 24 Julai sehingga 3 Ogos 2020, seramai 5,281 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 21 Hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak dan Johor. Daripada jumlah itu, seramai 13 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Mereka telah pulang dari 28 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis dan Australia,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Ismail Sabri, PDRM berjaya menahan lima individu atas kesalahan imigresen hasil 64 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara semalam dan memeriksa 29,408 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.

“Orang ramai boleh melaporkan sebarang aktiviti kemasukan atau pencerobohan PATI ke hotline National Task Force di talian 011-6251 1223,” ujarnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.