nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kumpulan Azmin sah sertai Bersatu 22 Ogos ini

15 OGOS: Kumpulan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sah akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) minggu depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang juga bekas Naib Presiden PKR.

Zuraida memberitahu, satu majlis akan diadakan bagi tujuan formaliti penyertaan kumpulan yang menyokong Mohamed Azmin dalam parti Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, Sabtu depan.

“Kita cuma sebahagian daripada Bersatu. Sebab itu di Parlimen kami diletakkan sebagai ahli Bersatu.

“Ini cuma formaliti yang belum dibuat oleh kami. Pada 22 Ogos akan ada majlis besar untuk umumkan penyertaan kami dalam Bersatu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kebun Komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, hari ini.

Zuraida pada Julai lalu memaklumkan beliau dan kumpulannya yang keluar PKR masih belum menyertai Bersatu.

Jelasnya, mereka masih menunggu sehingga Bersatu menyelesaikan Pemilihan dan Perhimpunan Agung parti terlebih dahulu sebelum menyertai parti itu.

Sebelum ini, 10 Ahli Parlimen yang meninggalkan PKR diketuai Mohamed Azmin telah mengisytihar menyokong Bersatu.

Mohamed Azmin sebelum ini merupakan bekas Timbalan Presiden PKR.

Selain Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Zuraida, turut menyertai Bersatu adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman; Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon; Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju dan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin.

Seorang lagi, Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar dilaporkan menjadi ahli bersekutu parti itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.