nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RUU COVID-19: Tiada elemen hukuman, penalti

25 OGOS: Tiada peruntukan berkaitan hukuman dan penalti sekiranya wujud elemen ketidakpatuhan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 yang dibentangkan di Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata jaminan sedemikian selaras hasrat kerajaan supaya RUU berkenaan tidak bersifat menghukum sehingga membebankan mana-mana pihak.

Beliau berkata, pendirian itu turut selari kesan tempias COVID-19 yang tidak mengenal sesiapa, sama ada kaya, miskin, majikan, pekerja, peniaga, pembeli, di luar bandar atau di desa.

“Kesan COVID-19 dirasai oleh semua pihak. Apabila satu pihak terkesan, bermakna seluruh rantaian ekonomi akan terkesan, justeru RUU ini memperuntukkan wadah pengantara kepada pihak yang mempunyai pertikaian untuk selesaikan isu secara baik, tanpa babitkan proses perbicaraan undang-undang di mahkamah.

“Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk memastikan kedua-dua pihak diberikan peluang sama rata bagi menyelesaikan pertikaian secara baik.

“Perjanjian penyelesaian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak hendaklah ditandatangani dan perkara ini dianggap sebagai muktamad dan mengikat kedua-dua pihak,” katanya ketika membentangkan RUU berkenaan untuk bacaan kali kedua, dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin menjelaskan bahawa RUU berkenaan bersifat menyokong pelbagai inisiatif pemulihan ekonomi menerusi rangkaian pakej rangsangan, memberikan suatu pelepasan sementara daripada tanggungjawab perjanjian atau pematuhan perundangan tertentu bagi tempoh yang ditetapkan demi kelangsungan hidup rakyat.

Beliau berkata, persoalan sama ada RUU itu ‘lebih baik ada daripada tiada’ atau ‘terlewat’ adalah tidak berbangkit kerana isu yang dihadapi rentetan wabak COVID-19 ditangani oleh kerajaan menerusi pakej rangsangan ekonomi.

“Malah, penyelesaian menggunakan perundangan sedia ada, termasuk melalui pindaan kepada perundangan subsidiari seperti perintah dan peraturan atau diselesaikan secara pentadbiran oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan juga dilaksanakan.

“Sehingga kini sebanyak 53 peraturan dan perintah disediakan atau dipinda bagi menangani kesan akibat COVID-19,” katanya.

Penggubalan RUU ini melalui proses kompleks membabitkan semua pihak, manakala isu yang dimasukkan ini diperoleh melalui sesi libat urus secara menyeluruh dengan pelbagai pihak berkepentingan dan menerusi maklum balas orang awam daripada pautan dalam talian Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan platform Rundingan Awam Bersekutu (UPC), Perbadanan Produktiviti Malaysia, dari 29 Mei hingga 5 Jun lalu.

“RUU ini turut membabitkan kajian dan rujukan terhadap model undang-undang beberapa buah negara seperti United Kingdom, New Zealand, Australia dan Singapura.

“Hasilnya, RUU ini digubal sebagai suatu undang-undang unik berdasarkan acuan Malaysia dengan mengambil kira situasi semasa dalam negara dan demi menjaga kepentingan pelbagai pihak,” katanya.

Mengikut penelitian, pembentangan RUU untuk dibahaskan di peringkat dasar, selepas bacaan kali kedua itu mengandungi 19 bahagian dan 59 fasal yang secara keseluruhannya memperuntukan kelongggaran akibat ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontrak serta merangkumi pengubahsuaian peruntukan berkaitan dalam 14 akta dan dua ordinan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.