nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Projek KVDT2: Najib tuduh PH menipu

28 OGOS: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Pakatan Harapan (PH) menipu berhubung projek fasa 2 Landasan Keretapi Berkembar Elektrik Di Lembah Klang (KVDT2).

Beliau berkata, perkara itu terbongkar selepas isu rundingan terus 101 perolehan kerajaan yang bernilai RM6.61 bilion didedahkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, baru-baru ini.

Menurutnya, KVDT2 merupakan projek kritikal untuk menaik taraf perkhidmatan KTM Komuter yang dilaksanakan KTMB secara berperingkat bagi membolehkan tren boleh digunakan atas landasan yang sudah 25 tahun di samping meningkatkan keselamatan KTM Komuter dan tren lain supaya tidak lagi berlaku tren tergelincir.

“Disebabkan itu kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi peluang kepada syarikat usaha sama (JV) – Dhaya Maju dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk melaksanakan projek fasa pertama membabitkan jarak 42km dari Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu serta menaik taraf 10 stesen atas landasan tersebut.

”Projek fasa 1 bermula pada akhir tahun 2016 dan dijangka siap pada bulan Januari 2019. Pada masa PH mengambil alih kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) projek fasa 1 sudah 60 peratus selesai dan disebabkan ini membuat keputusan untuk memberi fasa 2 kepada syarikat yang sama telah dibuat kerajaan BN dahulu sebelum PRU-14, ” katanya melalui laman Facebook miliknya, hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu, pembinaan itu terhenti selepas PH mentadbir kerajaan yang mendakwa itu merupakan ‘projek songlap’ namun tidak pernah KVDT2 dituduh atas tuduhan rasuah.

Namun, selepas lama mengkaji dan mendapati tiada pilihan lain, Najib berkata, kerajaan PH memberikan projek fasa 2 semula melalui rundingan terus kepada syarikat JV yang sama hampir setahun selepas ia dibatalkan.

“Projek diberi kepada syarikat yang sama dengan tempoh masa yang sama iaitu tujuh tahun dan juga secara rundingan terus walaupun PH dulu menggunakan semua faktor ini sebagai alasan untuk membatalkannya.

Najib yang juga bekas Presiden UMNO turut mendakwa, PH menipu apabila menyatakan kos projek berkenaan dapat diturunkan 15 peratus kerana kos pembinaan yang menurun disebabkan skop kerja telah dikurangkan dan memindahkan kos kepada projek lain.

”Korang kurangkan kos dan pindahkan skop projek untuk ditanggung projek lain, tentulah kos turun. Tapi akhirnya kerajaan masih perlu bayar. Lagi parah ialah projek KVDT2 ini memberi impak kepada perkhidmatan dan pendapatan KTMB selagi projek tidak siap.

”Akhirnya, apa yang negara dapat dari kegagalan PH? Transformasi pengangkutan awam Lembah Kelang bersepadu untuk mengurangkan kesesakan trafik juga dilambatkan dua tahun.

”KTM Komuter perlu menanggung kehilangan pendapatan 40 peratus sepanjang masa projek KVDT tidak siap. Pendapatan dan dividen LTAT kepada pesara juga terjejas selama dua tahun. Kos yang ditanggung kerajaan tetap sama kerana dipindah ke projek lain. Rakyat, KTMB dan negara akhirnya rugi dan disusahkan kerana PH gagal,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.