nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan cabar kedaulatan Sabah – ARMADA

28 OGOS: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) memberi amaran kepada Filipina supaya tidak berterusan mencabar kedaulatan Sabah dan Malaysia dengan memasukkan Sabah dalam peta dan pasport negara itu.

Naib Ketua ARMADA, Mandela Malakun berkata, tindakan negara jiran itu seolah-olah mahu menyentuh maruah Sabah yang telah menjadi sebahagian wilayah berdaulat sejak perjanjian Penubuhan Malaysia pada 1963.

Beliau menegaskan, cadangan Manila itu tidak seharusnya dianggap sebagai isu kecil kerana ia melibatkan soal kehormatan Malaysia dan kedaulatan negeri Sabah.

MANDELA
MANDELA MALAKUN

“Filipina seperti sengaja mahu melakukan provokasi dalam isu kedaulatan Sabah apabila kerajaan negara itu meluluskan cadangan memasukkan Sabah dalam peta mereka.

“ARMADA memberi peringatan kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina untuk tidak terus bermain api dalam isu berkenaan kerana kami akan sedia mempertahankan kehormatan Sabah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan tentang keputusan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan Sabah dalam pasport negara itu.

Jelas Mandela, tindakan jawatankuasa hal ehwal luar negara jiran itu tidak masuk akal kerana Filipina tidak mempunyai asas dan fakta sejarah bahawa Sabah adalah sebahagian daripada wilayah mereka.

Beliau menambah, jika mengimbau sejarah, sebarang isu tuntutan tertangguh antara Sabah dan Filipina sudah lama selesai apabila semua tuntutan itu memihak kepada Malaysia serta disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak Penubuhan Malaysia 1963 dan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Pada Oktober 2001, ICJ memutuskan menolak cubaan Filipina untuk campur tangan dalam isu tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan antara Malaysia serta Indonesia. Malah Malaysia telah menang dalam tuntutan terbabit pada Disember 2002,” katanya.

Beliau berkata, dalam kes terbaharu tahun ini juga di Mahkamah Tinggi, Kerajaan Malaysia melawan Nurhima Kiram Fonan & Ors, Hakim Datuk Martin Idang memutuskan bahawa Sabah adalah sebahagian daripada wilayah Malaysia dan tiada sesiapa berhak atau berkuasa atas hubungan Sabah.

“Segala-galanya sudah termaktub dan Filipina seharusnya menghormati kedaulatan Sabah sebagai sebahagian usaha untuk menjaga hubungan dua hala harmoni antara kedua-dua negara,” jelasnya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.