nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tun M mesti undur jika gagal pertahan Sabah

30 OGOS: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu berundur dari arena politik tanah air jika beliau gagal membantu Parti Warisan Sabah (Warisan), mempertahankan Sabah, pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini.

Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah berkata, berdasarkan pengamatannya, trend penolakan ke atas Dr Mahathir akan berterusan dan mampu memberikan impak kemungkinan Warisan akan kalah dalam PRN nanti.

“Apa yang berlaku di Semenanjung pasti akan berlaku di Sabah. Bersediakah Tun Dr Mahathir menerima penolakan kedua jika Warisan kalah dalam PRN Sabah nanti. Berundurlah sebelum diundurkan dalam arena politik hari ini,” katanya hari ini.

Sementara itu, Iskandar berkata keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang memihak kepada Muafakat Nasional (MN) dengan majoriti melebihi 10,000 undi adalah satu penanda aras perubahan politik Malaysia.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata keputusan berkenaan juga menunjukkan rakyat sudah menolak kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam arena politik Malaysia.

“Keputusan itu juga membuktikan rakyat semakin muak dengan telatah dan sandiwara politik Pakatan Harapan (PH) yang sering memainkan isu yang tidak memberi manfaat. Malah, janji PH untuk rakyat sehingga hari ini tidak menampakkan sesuatu yang positif dalam kawasan DUN mahupun Parlimen yang diwakili mereka.

“Anggapan bahawa dengan adanya Dr Mahathir dalam arena politik pasca 25 Februari boleh membantu kemenangan PH adalah ternyata meleset. Malahan suara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin lenyap dan tidak muncul dalam saat rakyat memerlukannya. Ini menunjukkan bahawa PH kini hanya tahu berkata-kata tetapi tiada satu pun keprihatinan ke atas kesusahan hidup rakyat,” katanya.

Menurut beliau, apa yang jelas, faktor penolakan ke atas kepimpinan Dr Mahathir turut memberi kesan ke atas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang berlandaskan semangat kosong.

Iskandar juga melahirkan rasa sedih kerana melihat Dr Mahathir kini bukan lagi dianggap sebagai pejuang yang membela nasib Melayu dan bumiputera apatah lagi kedaulatan agama Islam.

“Sepanjang 22 bulan pemerintahan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh boleh dikatakan telah memberi satu pengajaran dan peringatan bahawa kepimpinan Dr Mahathir tidak lagi sama seperti sewaktu menjadi Perdana Menteri keempat. Malahan corak kepimpinan beliau dalam masa PH menjadi kerajaan adalah lebih memihak kepada merka yang kurang suka kepada nilai-nilai Islam dan Melayu.

“Ini menyebabkan rakyat terutama Melayu dan bumiputera sedar bahawa Dr Mahathir tidak boleh lagi diharapkan untuk membela Melayu dan Islam. Nada beliau sering memperkecil dan memperlekeh Melayu dengan mengatakan Melayu pemalas dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, Dr Mahathir juga dilihat kurang mampu menyelesaikan permasalahan Melayu dan bumiputera apabila melibatkan kepentingan dan agenda lain.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan kelemahan Dr Mahathir sendiri tidak pernah ditegur oleh pemimpin-pemimpin parti lain dalam PH.

“Apa yang rakyat lihat ialah pertikaian terbuka antara komponen parti PH apabila berdepan dengan sesuatu isu. Ada kalanya isu yang ditimbulkan boleh diselesaikan tetapi dibiarkan sehingga memberi kesan ke atas kehidupan rakyat.

“Inilah pengajaran yang diterima dan akur oleh rakyat. Rakyat masih ingat bagaimana derita dan sengsara hidup dalam satu janji wacana Malaysia Baharu. Tetapi apa yang berlaku ialah semakin teruk kehidupan rakyat. Malahan ketelusan dan keintegritian yang dijanjikan hanyalah semangat kosong sahaja.

“Akibatnya Tun Dr Mahathir semakin hilang pengaruhnya dalam kalangan rakyat yang dulunya percaya akan beliau disebabkan janji bulan dan bintang. Tetapi apa yang rakyat dapat adalah hampas dan habuk. Maka tidak hairan dalam penolakan rakyat ke atas PH dan kembali semula kepada MN yang dilihat lebih prihatin dalam PRK DUN Slim,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.