nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

36 kes baharu Kluster Benteng LD, Tawar, Sungai

13 SEPT: Sebanyak 22 kes positif baharu COVID-19 dikesan dalam Kluster Benteng LD setakat jam 12 tengah hari tadi dan seramai 4,666 orang telah disaring.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 1,258 orang disaring di Lahad Datu dan daripada jumlah itu, 88 kes positif (tiada kes baharu), 907 individu negatif dan 263 orang menunggu keputusan.

Menurut beliau, di Tawau, 315 kes dikesan positif (22 kes baharu), 803 individu negatif dan 2,290 individu menunggu keputusan.

“Berdasarkan keseluruhan jumlah saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan 913 banduan di mana 383 dikesan positif COVID-19, 623 kakitangan di mana dua dikesan positif COVID-19, 1,214 orang kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana tiga (3) dikesan positif COVID-19.

“Selain itu, 332 pegawai polis, tiada dikesan positif COVID-19, 744 pegawai agensi kerajaan lain, tiada dikesan positif COVID-19 dan 840 kontak sosial di mana 15 dikesan positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham memberitahu, daripada jumlah 403 kes positif COVID-19, seramai 176 orang adalah dalam kalangan rakyat Malaysia manakala 227 orang adalah warga Filipina (152 kes) dan Indonesia (75 kes).

Beliau menambah, berdasarkan keseluruhan jumlah saringan bagi kluster ini, seramai 1,699 petugas barisan hadapan disaring (36.41 peratus).

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak dua kes dikesan positif COVID-19 dalam kalangan petugas barisan hadapan,” jelasnya.

Bagi Kluster Tawar, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 13 kes baharu dikesan positif COVID-19 dalam Kluster Tawar di Kedah dan seramai 18,233 orang telah disaring setakat jam 12 tengah hari tadi.

Daripada 103 kes positif kluster tersebut, enam pesakit merupakan petugas kesihatan swasta.

Manakala bagi Kluster Sungai, satu kes dikesan positif COVID-19 di Kedah dan setakat jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 14,044 orang disaring.

Daripada 57 kes positif kluster berkenaan, 20 orang merupakan petugas kesihatan.

Memandangkan ketiga-tiga kluster melibatkan petugas barisan hadapan, Dr Noor Hisham mengingatkan mereka agar mengambil iktibar dari kejadian itu.

“Semasa bertugas, semua petugas barisan hadapan hendaklah sentiasa patuhi garis panduan dan tatacara yang telah ditetapkan,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.