nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin pengerusi mesyuarat NCIA di Pangkor

15 SEPT: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi taklimat berkenaan cadangan pembangunan semula Kompleks Terminal Jeti Penumpang dan Jeti Kargo Pulau Pangkor.

Muhyiddin yang tiba di Pulau Pangkor pagi tadi sempena lawatan kerja seharinya itu dimaklumkan projek tersebut menjadi antara keutamaan kerajaan negeri Perak bagi menyelesaikan isu-isu sosial dan ekonomi.

Dalam sesi taklimat itu, Perdana Menteri dimaklumkan antara masalah yang dihadapi di jeti penumpang Pulau Pangkor termasuklah isu kesesakan, perkhidmatan feri, kawalan keluar masuk oleh agensi penguat kuasa dan kawasan premis perniagaan yang terhad.

Ketibaan Muhyiddin disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suadi; Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Lim Hong Shuan dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Beliau terus dibawa melawat Jeti Penumpang Pulau Pangkor untuk diberi taklimat.

Hadir bersama beliau adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor; dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Selesai taklimat, semua tetamu kehormat dibawa ke Avi Beach Resort untuk menghadiri Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ke-23 (PB23), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Sementara itu, NCIA dalam satu kenyataan memaklumkan mereka menyasarkan ekonomi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) meningkat sebanyak RM300 bilion menerusi inisiatif digariskan dalam Pelan Pembangunan Strategik (SDP) 2021-2025 wilayah itu yang baharu dilancarkan.

SDP 2021-2025 NCER itu juga dalam usaha menangani kesan pandemik COVID-19 pada keperluan sosioekonomi rakyat.

SDP itu diserahkan kepada Perdana Menteri yang turut mempengerusikan mesyuarat majlis itu hari ini.

NCIA dalam kenyataannya berkata, SDP ialah rangka kerja mantap dan strategik menggabungkan situasi semasa di negeri NCER, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak bagi menangani impak pandemik berkenaan.

Menurutnya, projek strategik, pelaburan berimpak tinggi dan program modal insan direka untuk menyelesaikan keperluan semasa rakyat, perniagaan serta industri bagi mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dengan luar bandar.

“Kerajaan Pusat maklum pelbagai cabaran sosioekonomi dihadapi negara dan berjanji kerajaan akan memastikan impak kepada rakyat akan diatasi melalui inisiatif yang dilaksanakan.

“Kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan bagi mengurangkan beban rakyat. SDP juga selari aspirasi kerajaan dan akan menjadi sumber sangat penting dalam menyokong serta memacu pemulihan ekonomi di wilayah ini menerusi pelaksanaan projek strategik dan program modal insan bagi mewujud dan mengekalkan pekerjaan bagi rakyat,” kata NCIA.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.