nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelancaran manifesto GRS malam esok

15 SEPT: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan melancarkan manifesto sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mengandungi pelbagai tawaran baharu kepada rakyat Sabah di Kota Kinabalu, malam esok.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, manifesto berkenaan akan digunakan oleh semua parti komponen gabungan GRS termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kempen PRN Sabah.

Menurut beliau, antara tawaran baharu yang akan dimasukkan dalam manifesto bersama GRS berkenaan adalah berkaitan soal pembangunan sosioekonomi, pendidikan dan menyediakan peluang pekerjaan baharu kepada anak muda di negeri ini.

“Sebelum ini BN bercadang melancarkan menifesto yang antara lain akan memberikan tawaran baharu kepada rakyat Sabah yang akan pada 16 September ini sempena sambutan Hari Malaysia.

“Namun selepas perbincangan dengan parti komponen BN dan Perikatan Nasional (PN) kita putuskan untuk melancarkan manisfesto GRS yang akan oleh saya bersama Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Kota Kinabalu, Sabah, pada 16 September ini.

“Manisfesto GRS ini akan memberi penekanan kepada aspek pembangunan fizikal, sosio-ekonomi, pendidikan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat jika kita berjaya menawan negeri Sabah, selepas hari pengundian pada 26 September ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata manisfesto GRS berkenaan bukan sekadar janji-janji kosong semata-mata sebaliknya ia memang sesuatu yang mampun dilaksanakan jika gabungan parti komponen BN dan PN berjaya merampas pentadbiran negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau juga yakin semua janji yang terkandung dalam manisfesto GRS mampu ditunaikan jika gabungan berkenaan menang PRN Sabah nanti.

“Kita tidak mahu melancarkan manisfesto yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’ seperti dilakukan oleh kerajaan sebelum ini (Warisan), namun ia tidak dapat ditunaikan apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan mengumumkan manifesto dan aku janji PRN, 16 September ini, yang antara lain mengandungi tawaran baharu dengan matlamat mengutamakan kepentingan rakyat.

Difahamkan antara kandungan manifesto berkenaan termasuk meneruskan semula projek sambungan Lebuh Raya Pan Borneo yang terhenti sebelum ini dan pelbagai projek pembangunan infrastruktur lain bagi merancakkan semula ekonomi dan membuka peluang pekerjaan baru kepada rakyat Sabah. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.