nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPRM kekal badan bebas

15 SEPT: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan sebuah badan bebas bagi memastikan agensi itu dapat menjalankan tugas sebaik mungkin.

Timbalan Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Shabudin Yahaya berkata, SPRM hanya menjalankan tugas berdasarkan kepada maklumat dan aduan yang telah dilaporkan tanpa prejudis.

“Dalam kebanyakan kes rasuah, lazimnya satu pihak sahaja yang dikenakan pertuduhan sama ada pemberi atau penerima. Keadaan ini terjadi disebabkan tidak ada pihak ketiga yang tampil memberikan bukti atau keterangan di atas perlakuan pemberi dan penerima rasuah itu.

“Jika ada mana-mana pihak termasuk orang ketiga yang boleh mengemukakan bukti yang mencukupi, maka kedua-dua pihak sama ada pemberi atau penerima rasuah boleh didakwa di mahkamah,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi kementeriannya di Dewan Negara, hari ini.

Dalam pada itu, Shabudin memberitahu, penyiasatan kes rasuah yang melibatkan nilai suapan yang sedikit adalah kurang rumit.

Namun, katanya, jumlah rasuah yang melibatkan nilai besar akan melibatkan siasatan yang jauh lebih kompleks.

“Proses siasatan tersebut memakan masa untuk dilengkapkan sebelum dikemukakan kepada pihak pendakwaan.

“SPRM juga tidak mempunyai kuasa pendakwaan. Sebaliknya kuasa menentukan sesuatu pendakwaan ditetapkan oleh Jabatan Peguam Negara,”katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan tidak bercadang menggubal akta untuk menghalang wakil rakyat daripada lompat parti kerana berpandangan bahawa setiap warganegara masih dijamin hak untuk bebas berpersatuan yang selaras dengan Perkara 10 (1) (C) Perlembagaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menolak kajian terperinci akan dilakukan sekiranya kerajaan berpandangan terdapat keperluan untuk menggubal undang-undang lompat parti pada masa akan datang.

“Ini termasuklah dengan mengadakan perbandingan best practices dengan negara-negara lain. Kajian secara terperinci ini perlu dilakukan memandangkan perkara ini bercanggah dengan Perkara 10(1)(C) Perlembagaan Persekutuan.

“Iaitu hak membentuk persatuan dengan syarat ia tidak membabitkan soal keselamatan, ketenteraman awam atau prinsip moral. Pihak kerajaan juga perlu mengadakan konsultasi dengan pelbagai pihak lain termasuklah badan bukan Kerajaan dan parti politik jika ianya hendak digubal kelak,” katanya. -Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.